Bila Drama dan Teater menjadi Terapi Psikologi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Seni dengan kehalusan makna dan penyampaiannya sebenarnya berupaya menjadi satu cara rawatan dalam psikologi. Antaranya melalui dramatherapy atau terapi drama iaitu penggunaan drama dan/atau teater untuk mencapai matlamat pemulihan. Terapi drama merupakan terapi psikologi yang bersifat aktif dan membolehkan peserta menyampaikan kisah mereka, menetapkan matlamat dan menyelesaikan masalah. Melalui drama, kedalaman dan keluasan pengalaman jiwa dapat diterokai dan kemahiran sosial dapat ditingkatkan.

Sejarah terapi drama

Pada tahun 1920-an, ahli psikologi Romania, Jacob Moreno, memerhatikan bagaimana bermain watak dan teater dapat membebaskan individu untuk mengekspresikan pemikiran dan perasaan mereka. Sejak itu, beliau mula memasukkan drama ke dalam psikoterapi.

Pada tahun 1960-an, pengarah teater radikal Brazil, Augusto Boal, sedang mengusahakan konsep teater komuniti, daripadanya muncul idea “teater orang yang tertindas” (Theatre of the Opressed). Boal membayangkan teater di mana penonton boleh meluahkan diri melalui menjadi pelakon, menyampaikan dan menyelesaikan masalah kehidupan mereka sendiri. Sumbangan beliau memberikan arah baru kepada terapi drama.

Hari ini, terapi drama membantu ramai orang dalam mencapai perubahan, sama ada untuk membuang tabiat lama, mempelajari kemahiran baru atau menangani masa lalu yang pahit.

Mengapa terapi drama

Terapi drama diwujudkan disebabkan kesedaran bahawa sesetengah pengalaman hidup dan trauma masa lalu terlalu menyakitkan untuk ditangani melalui dialog lisan. Kerana drama menggunakan metafora untuk mengekspresikan emosi, ia adalah sangat bersesuaian untuk tujuan rawatan.

Peserta yang dirujuk kepada ahli terapi drama tidak memerlukan pengalaman atau kemahiran berlakon. Ahli terapi drama telah dilatih untuk membolehkan peserta mempunyai medium yang paling sesuai untuk mengenalpasti dan merungkaikan masalah atau membolehkan mereka lebih berkemampuan menangani isu dalaman mereka.

Oleh itu, peserta yang melibatkan diri dalam terapi drama terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza. Daripada kanak-kanak dengan spektrum autistik kepada orang tua dengan masalah demensia; remaja yang mencederakan diri sendiri, orang yang mempunyai sejarah penderaan seksual dan / atau fizikal, mereka yang menderita penyakit mental dan wanita dengan kemurungan pasca kelahiran (meroyan). Orang biasa yang bergelut dengan masalah keyakinan diri juga boleh menyertai terapi drama.

Perbezaan terapi drama daripada lakonan

Disebabkan sifat katarsis (kelegaan emosi dengan cara ekspresi diri) dalam lakonan dramatik, drama secara amnya boleh menggalakkan kesihatan mental. Walau bagaimanapun, terapi drama bukan sekadar melibatkan lakonan. Seperti seni lukisan, muzik, dan terapi tarian, terapi drama menggunakan seni sebagai batu loncatan untuk terapi yang lebih mendalam dan lebih bermakna kepada peserta.

Ahli terapi drama memberi panduan kepada peserta untuk melakukan siri aktiviti yang membolehkan mereka melakonkan adegan yang mewakili bagaimana mereka mahu menjalani kehidupan mereka. Peserta mungkin akan melihat terapi drama mempengaruhi perubahan dalam tingkah laku mereka, keadaan emosi, perkembangan peribadi, dan penyesuaian kemahiran. Peserta yang menggunakan terapi drama selalunya dapat meningkatkan kemahiran hubungan interpersonal melalui penyertaan aktif dalam terapi drama seperti bercerita, bermain watak, bermain boneka, pembacaan skrip dan sebagainya.

Terapi drama di Malaysia

Terapi drama di Malaysia bukanlah suatu kaedah rawatan terapi psikologi yang popular. Pun begitu, kaedah ini semakin diperkenalkan kepada khalayak antaranya oleh Vanita Chandrasegaram, perintis ahli terapi drama di maaysia. Creative Art Therapies Malaysia pula menghimpunkan komuniti profesional yang berkelayakan dalam bidang terapi melalui keseniaan.

Selain itu, penggunaan teater sebagai medium penambahbaikan masyarakat juga semakin giat dilangsungkan. Ini dapat dilihat dalam pembudayaan teater masyarakat seperti yang dilakukan Teach for The Needs (TFTN) dalam aktiviti teater anak yatim yang membantu membina keyakinan diri dalam kanak-kanak tersebut. Melalui teater, anak-anak ini belajar keupayaan diri dan potensi dalaman mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan sudah diketahui umum. Tetapi benarkah, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Guna Masa Cuti Hujung Minggu Untuk Bekerja, Kalau Tak Boleh Jadi MENTAL!

    Ada sebab mengapa cuti hujung minggu diwujudkan dan ada juga sebab mengapa anda mesti elak kerja hujung minggu untuk kesejahteraan mental anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

    Ada yang menganggap, penyakit bipolar itu sama sahaja dengan episod kemurungan. Namun, gangguan bipolar sebenarnya amat berbeza daripada yang disangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

    Baru-baru ini, tular servis berkaitan pakar psikiatri yang ditawarkan secara online oleh Mentalist Joker. Adakah beliau benar-benar seorang ahli psikiatri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    selepas kelahiran bayi

    Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    emosi ibu mengandung

    BAHAYA! Jangan Bagi Ibu Hamil Kemurungan, Jika Tidak Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan