backup og meta

Adakah Diri Anda Benar-benar ‘Merdeka’?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2023

    Adakah Diri Anda Benar-benar ‘Merdeka’?

    Tanggal 31 Ogos sudah menjadi tarikh keramat dan menjadi ingatan semua rakyat Malaysia. Sambutan Hari Kemerdekaan ini disambut oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Tahun ini, 61 tahun negara merdeka daripada dijajah oleh kuasa asing. Bagaimana pula dengan diri kita?

    Tip mencapai kebebasan diri

    Merdeka sudah sinonim dengan pengertian kebebasan. Namun, tanpa sedar kebebasan sebenar haruslah bermula daripada dalam diri sendiri supaya hidup dalam keadaan harmoni dan terhindar daripada perkara negatif.

    1. Kenali diri anda

    Anda tidak mampu mengecapi kemerdekaan diri sekiranya tidak mengenali diri anda sebaiknya.  Tanyakan diri anda: “Adakah saya bercakap benar?” Perhatikan jurang antara perasaan dalam diri anda, kata-kata dan tingkah laku anda. Sebagai contoh, dalam sesetengah perkara anda mungkin mengiyakan sesuatu tetapi sebaliknya ada mungkin menidakkannya dan tidak mahu melakukannya.

    2. Tingkatkan kemahiran diri

    Kemahiran adalah jalan pendek bagi kebebasan luaran. Lebih banyak kemahiran yang anda ada, lebih banyak perkara yang anda boleh lakukan dan mungkin membuka pelbagai peluang dalam hidup anda. Malah, anda juga boleh menikmati pekerjaan yang anda sukai dan meninggalkan pekerjaan yang tidak memberi keserasian pada diri anda.

    3. Bina rangkaian anda

    Orang adalah sumber pertama yang boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan hubungan persahabatan, keintiman emosi, penghargaan bantuan, maklumat dan lain-lain. Orang yang mahir secara sosialnya dapat menambah kenalan dengan mudah dan membolehkan anda menikmati pelbagai pengalaman sosial dengan baik.

    Semakin ramai kenalan yang ada peroleh, semakin tinggi kualitinya dan semakin banyak kebebasan yang anda akan alami. Libatkan diri anda dalam aktiviti sosial untuk berjumpa orang baru dan cuba untuk membina hubungan yang berkualiti. Jadilah positif dan mesra, dan kebanyakan orang akan bertindak balas dengan baik.

    4. Merdekakan emosi

    Kurangkan tekanan dan menggalakkan kebahagiaan. Kebebasan emosi bermakna anda boleh membuat keputusan peribadi dan menghadapi realiti kehidupan yang mencabar tanpa membabitkan orang lain.

    Kemerdekaan emosi juga boleh menyebabkan kurang penderitaan dan kekecewaan, kerana anda tidak bergantung kepada orang lain untuk memenuhi keperluan emosi anda. Walau bagaimanapun, adalah baik untuk memahami bahawa sokongan sosial diperlukan, tetapi anda masih boleh mendapatkannya tanpa perlu bergantung secara emosional.

    5. Kebebasan kewangan

    Apabila membabitkan kemerdekaan peribadi, tiada kepuasan yang setanding dengan keupayaan untuk menguruskan perbelanjaan diri.Kemerdekaan kewangan bermakna anda boleh mengawal pendapatan dan perbelanjaan peribadi. Kemampuan untuk menampung diri tanpa bergantung kepada ibu bapa, keluarga, sahabat atau pasangan.

    Lebih banyak anda belajar untuk bebas dari segi kewangan, ia mengurangkan tekanan hidup kerana anda mampu menguruskan perbelanjaan dengan baik.

    6. Nilai dan harga diri

    Kebebasan dapat membantu meningkatkan nilai dan harga diri anda, lebih-lebih lagi jika berdikari adalah salah satu tujuan anda. Pencapaian kewangan, emosi, sosial, kerjaya dan kebebasan peribadi memberikan anda pencapaian yang akhirnya mengubah bagaimana anda menilai diri anda dan bagaimana pandangan orang lain.

    Peningkatan nilai diri yang datang dengan kebebasan ini merupakan penggalak yang hebat untuk kejayaan diri dan kejayaan peribadi anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan