Adakah Bermonolog Tanda Penyakit Mental?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Walaupun hidup dalam dunia yang bising, kebanyakan orang bergelut dengan kesunyian dalam hidup mereka. Sama ada tinggal bersendirian atau bersama orang lain yang leka dengan hal tersendiri. Lebih-lebih lagi dengan dunia digital kini.

Apabila dalam keadaan kesunyian atau kesepian, tiada mustahil seseorang akan mula bermonolog. Bukan sahaja dalam diri atau fikiran sahaja, bahkan bercakap seorang diri dalam nada yang kuat.

Bukan penyakit mental

Menurut petikan MailOnline, Paloma Mari-Beffa dari Universiti Bogor mengatakan bahawa bermonolog adalah sebenarnya sangat sihat, dapat membantu seseorang mengawal diri. Semasa bercakap dengan kuat sebenarnya boleh menjadi tanda fungsi kognitif yang tinggi, bukannnya penyakit mental.

Kita sebenarnya bercakap dengan diri sendiri secara senyap sepanjang masa. Ia  sebenarnya sering melibatkan perbualan yang mendalam tanpa melibatkan orang lain tetapi pemikiran sendiri akan memberi sesuatu jawapan.

Perbualan dalaman ini sangat sihat, ia mempunyai peranan khusus dalam menjaga pemikiran kita. Ia membantu kita menyusun pemikiran, merancang tindakan, menggabungkan memori dan memodulasi emosi. Dalam erti kata lain, ia membantu kita mengawal diri.

Bercakap dengan kuat/lantang boleh menjadi lanjutan daripada bercakap secara senyap disebabkan oleh suatu arahan motor tertentu bertindak balas secara tidak sengaja.

Jenis monolog membuatkan anda lebih bijak dan berasa lebih baik

Pujian (Complementary)

Mengapa perlu menunggu untuk mendapatkan pujian daripada orang lain? Sekiranya anda layak, berikan kepada diri sendiri. Selain itu, kebanyakan orang tidak mempunyai tanggapan lain mengenai tindakan kecil yang anda terhadap diri ke arah yang lebih baik.

Bermotivasi (Motivational)

Anda mungkin tidak suka melakukan sesuatu yang membosankan atau tugasan yang sukar. Hidup bersama orang lain dan mereka akan memberikan anda teguran sebagai peringatan untuk membersihkan keadaan yang tidak terurus atau cenderung kepada tugasan yang sukar itu. Tetapi anda boleh memotivasikan diri anda untuk melakukannya dengan nada suara yang lebih ramah.

Dialog luar (Outer dialogue)

Mempunyai masalah dengan membuat keputusan? Anda patut tunggu atau pergi? Bercakap atau berdiam diri? Beli hadiah ini atau itu? Pilihan tidak mudah. Memang, kerana ianya begitu sukar sehingga sering tidak membuat pilihan. Ini kerana kita bertindak balas daripada kebiasaan atau kebimbangan. Walau bagaimanapun, lebih berkesan untuk membuat dialog dengan diri anda supaya anda dapat mendengar apa yang anda fikirkan.

Penetapan matlamat (Goal-setting)

Andai anda cuba menjadi lebih teratur supaya cuti tidak begitu gelisah. Menetapkan matlamat dan membuat perancangan, iaitu apa yang perlu dilakukan, bila untuk melakukannya, bagaimana untuk melakukannya boleh menjadi pertolongan besar.

Sudah tentu anda hanya boleh membuat senarai, tetapi dengan mengatakannya dengan kuat anda boleh memfokuskan perhatian, memperkuat mesej, mengawal emosi hilang dan menimbulkan gangguan.

Oleh itu, sama ada anda hidup sendiri atau tinggal bersama orang lain, anda sentiasa hidup dengan diri anda. Jadi jangan tinggalkan diri anda. Bercakap, berbual, berkomunikasi dengan hormat dengan diri anda. Ia bukan tanda kegilaan. Ia adalah satu tanda kesihatan yang baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Persepsi Mengenai Kesihatan Mental Berubah Selepas Sedekad

    Kini, semakin ramai yang mula memberanikan diri untuk menceritakan pengalaman peribadi berkaitan kesihatan mental. Adakah hal ini akan semakin positif?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 10/01/2020 . 4 minit bacaan

    Perubahan Mood Tak Semestinya Tanda Bipolar

    Ketahuilah bahawasanya perubahan mood tidak bermaksud seseorang itu bipolar. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/01/2020 . 4 minit bacaan

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Terapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/12/2019 . 4 minit bacaan

    Makin Tua, Makin Kurang Narsisistik: Kajian

    Kajian oleh Universiti Michigan telah menunjukkan sikap narsisistik akan berkurangan apabila meningkat usia. Baca artikel ini untuk tahu maklumat lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 20/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hoarding disorder

    Suka Simpan Barang Lama Yang Tak Berguna Hingga Penuh Rumah? Ini Tanda SAKIT MENTAL

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit bipolar

    Ketahui Bahaya Penyakit Bipolar Mania Terhadap Remaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    kemurungan

    Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain PUNCA Wanita Ini Alami Kemurungan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/02/2020 . 4 minit bacaan
    masalah kemurungan

    “Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan Life Dia”. Anda Silap Jika Berfikir Seperti Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/01/2020 . 3 minit bacaan