Lelaki Nak Rawat Masalah Mati Pucuk? Buat Senaman Kegel Saja, Boleh Lakukan Bersama Isteri

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Masalah berkaitan mati pucuk lelaki bukanlah isu baharu dan kami percaya, ramai kaum Adam yang masih mencari rawatan mati pucuk yang sesuai bagi memulihkan keadaan yang dialami. 

Kami mempunyai cadangan rawatan mati pucuk yang mungkin anda boleh pertimbangkan bagi merawat masalah anda.

Jangan risau, kaedah yang kami kongsikan ini bukanlah melalui penggunaan sebarang ubat kuat. Ia juga bukanlah kaedah yang memakan kos yang besar.

Apakah kaedah tersebut? Lihat kepada apa yang kami sediakan di bawah ini.

Senaman boleh jadi rawatan mati pucuk?

rawatan mati pucuk

Untuk memulihkan masalah mati pucuk lelaki, ia bukanlah semata-mata bergantung kepada penggunaan ubat kuat seperti minyak lintah atau Viagra.

Ada juga pendekatan yang lebih selamat dan tidak berisiko iaitu melalui kaedah senaman. Namun, adakah senaman benar-benar berkesan merawat mati pucuk lelaki?

Satu kajian mendapati, senaman pelvis telah membantu merawat 40% lelaki yang mengalami mati pucuk sebelum ini.

Mereka telah mendapat ereksi yang normal setelah melakukan rutin senaman pelvis ini.

Selain itu, ada juga kajian yang menerangkan senaman pelvis bukan sahaja mampu bertindak sebagai rawatan mati pucuk lelaki, tapi ia juga boleh merawat isu kesihatan berkenaan pelvis manusia.

Apakah jenis senaman pelvis yang dikatakan ini?

Senaman Kegel; senaman kuatkan otot pelvis untuk rawatan mati pucuk

Senaman pelvis yang dimaksudkan sebelum ini ialah senaman Kegel. Senaman Kegel lebih sinonim dalam kalangan kaum wanita berbanding lelaki.

Ini kerana kaum wanita sering mengaplikasikan senaman Kegel ini sebagai satu persediaan untuk melahirkan anak dan juga menguatkan kembali otot pelvis selepas bersalin. 

Namun, senaman ini bukan hanya boleh dilakukan oleh wanita sahaja.

Bagi orang lelaki, senaman kegel boleh membantu menguatkan otot bulbocavernosus, yang berperanan penting dalam 3 fungsi berikut, iaitu:

Cara melakukan senaman Kegel sebagai rawatan mati pucuk

Sebelum memulakan siri senaman Kegel, anda perlulah mengetahui atau mengesan otot yang berkaitan terlebih dahulu iaitu otot dasar pelvis. Bagaimana untuk lakukannya?

Semasa anda membuang air kecil, cuba untuk hentikan atau tahan pembuangan air kecil itu beberapa kali.

Otot yang bertanggungjawab menghentikan aliran air kencing tersebut adalah otot yang perlu anda beri perhatian sewaktu melakukan senaman Kegel. 

Ketika bersenam, cengkam otot tersebut dan tahan sekitar 5 saat. Kemudian lepaskan cengkaman dan rehat sebentar.

Lakukannya sebanyak 10 hingga 20 kali, 2 atau 3 kali sehari.

Anda boleh lakukannya dengan pelbagai posisi seperti baring dengan lutut di bahagian atas, semasa duduk di atas kerusi atau ketika berdiri. Ikuti langkah seperti di bawah ini:

#1. Kegel dengan posisi baring

  • Baring dan letakkan lengan anda di bahagian sisi. Luruskan kaki di atas lantai dan buka sedikit kaki anda
  • Aktifkan otot-otot dasar pelvis dengan cara menghembuskan nafas dan cengkam otot pelvis tersebut dengan kiraan 1, 2, 3
  • Kemudian, tarik nafas dan lepaskan cengkaman tadi dengan kiraan 1, 2, 3
  • Pastikan otot perut, punggung, dan kaki tidak menguncup

#2. Kegel dengan posisi duduk

  • Duduk dan letakkan lengan anda di bahagian sisi. Luruskan kaki di atas lantai dan buka sedikit kaki anda
  • Lakukan langkah yang sama seperti ketika anda baring. Aktifkan otot-otot dasar pelvis dengan cara menghembuskan nafas dan cengkam otot pelvis tersebut dengan kiraan 1, 2, 3
  • Kemudian, tarik nafas dan lepaskan cengkaman tadi dengan kiraan 1, 2, 3
  • Pastikan otot perut, punggung, dan kaki tidak menguncup

#3. Kegel dengan posisi berdiri

  • Berdiri dan letakkan lengan anda di bahagian sisi. Buka sedikit kaki anda
  • Lakukan juga langkah yang sama seperti sebelum ini. Aktifkan otot-otot dasar pelvis dengan cara menghembuskan nafas dan cengkam otot pelvis tersebut dengan kiraan 1, 2, 3
  • Kemudian, tarik nafas dan lepaskan cengkaman tadi dengan kiraan 1, 2, 3
  • Pastikan otot perut, punggung, dan kaki tidak menguncup atau berkontraksi

Ambil masa untuk rasai perbezaan selepas senaman rawatan mati pucuk, tidak lagi terkulai layu

mati pucuk lelaki

Antara sebab mengapa anda mudah mengalami mati pucuk adalah kerana keadaan otot pubococcygeus yang lemah.

Apabila otot ini lemah, maka ia tidak mampu menghalang darah daripada zakar untuk keluar ketika mengalami ereksi dan menyebabkan zakar anda terkulai layu.

Apabila anda melakukan senaman pelvis, ia akan membantu menguatkan kembali bahagian otot ini.

Namun, kesannya bukanlah boleh dilihat dalam 1 atau 2 hari. Ia biasanya mengambil masa sekitar 4 hingga 6 minggu untuk merasai perubahannya ketika berereksi. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Masalah Mati Pucuk Boleh Diatasi! Mungkin 5 Minyak Pati Ini Boleh Membantu?

Suami mati pucuk? Anda dan pasangan mungkin boleh cuba 5 minyak pati ini untuk menyelesaikan masalah disfungsi erektil. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Lelaki Ambil Viagra Rawat Mati Pucuk? AWAS, Jangan Ambil Jika Anda Termasuk 10 Golongan Ini!

Apa itu viagra? Ramai yang tahu ia adalah untuk merawat mati pucuk tapi ia juga boleh digunakan untuk merawat sakit lain. Jom klik untuk ambil tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Tak Perlu Malu, Rawat Saja Masalah Mati Pucuk Di Rumah, Hanya 5 Minit Sehari!

Mati pucuk (disfungsi erektil) merupakan satu keadaan kesihatan seksual yang lazim dialami oleh golongan lelaki. Ia boleh diatasi dengan senaman ringkas.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 20/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

apakah penyakit peyronie berbahaya

Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
kerap buang air kecil

Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
penyakit klamidia

Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
urutan jelqing

Nak Bagi Senjata Lebih Padu, Amalkan Urutan Jelqing! Tapi Boleh Ke Guna Aloe Vera?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan