Perlu diingatkan bahawa senaman Kegel kurang berkesan untuk membantu wanita yang mengalami kebocoran air kencing yang teruk apabila mereka bersin, batuk atau ketawa. Senaman ini juga tidak sesuai dan tidak dapat membantu wanita yang mengalami masalah kebocoran air kencing disebabkan pundi kencing penuh, overflow incontinence.
Apa itu Kegel?
Perkara yang terbaik tentang senaman ini adalah ia sesuai untuk dilakukan di mana sahaja. Senaman ini dapat menguatkan otot pelvis, menyokong rahim, pundi kencing, usus kecil dan rektum. Dengan mengamalkannya, anda bukan sahaja menguatkan otot pelvis anda tetapi anda juga menguatkan otot lain yang turut terdapat di pelvis.
Selain membantu mengetatkan faraj anda yang longgar, Kegel dapat membantu mencegah masalah seperti incontinence yang menyebabkan otot yang menyokong uretra menjadi lemah. Jika ingin mengamalkan senaman ini, anda perlu mengetahui bahagian otot yang anda sasarkan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen