Kadar Testosteron Rendah Adalah Berbahaya Buat Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kadar testosteron rendah, atau “Low T”, kebiasaannya akan berlaku kepada lelaki apabila mereka meningkat usia tua. Semakin tua lelaki, semakin rendah kadar testosteron mereka. Sekitar 20% daripada individu yang berusia 60-an mempunyai kadar testosteron yang rendah. Ketika dalam lingkungan 70-an pula, jumlah ini akan meningkat kepada 30% dan seterusnya 50% ketika mereka berusia dalam lingkungan 80-an.

Mengapakah lelaki memerlukan testosteron?

Testosteron adalah sejenis hormon seks yang dihasilkan dalam testis lelaki. Hormon ini membantu organ seks terbentuk apabila bayi lelaki sedang membesar. Semasa akil baligh, hormon ini adalah penting untuk perkembangan fizikal kanak-kanak lelaki. Dengan testosteron, mereka akan mempunyai lebih rerambut, otot dan suara yang lebih garau. Seterusnya dalam kehidupan mereka kelak, fungsi seksual lelaki akan mengalami kesan daripada testosteron.

Mengapakah kadar testosteron menurun?

Apabila anda meningkat dewasa, ia adalah normal jika kadar testosteron anda juga menurun. Selain itu, terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan penurunan kadar testosteron ini. Antaranya adalah kecederaan kepada testis atau prosedur kemoterapi atau radiasi untuk merawat kanser di kawasan kemaluan. Kondisi ini juga boleh berlaku disebabkan oleh penyakit kelenjar pituitari dan ubat yang digunakan untuk merawatnya seperti steroid.

Bagaimanakah testosteron memberi impak kepada kehidupan seks anda?

Kadar testoteron rendah boleh memberi kesan kepada kehidupan seks lelaki. Ia boleh menyebabkan masalah untuk mengalami ereksi dan kesukaran untuk mengekalkannya. Ia juga akan menjadi lebih lemah daripada sebelumnya. Keinginan seksual juga akan berkurangan akibat kondisi ini lalu merosakkan hubungan bersama pasangan.

Kesan lain kadar testosteron rendah

Bukan sahaja kehidupan seks, kesihatan tubuh badan anda secara umumnya juga akan mengalami kesan akibat kadar testosteron yang rendah. Terdapat beberapa simptom kondisi ini yang perlu diberi perhatian.

  • Pertambahan berat badan
  • Keletihan
  • Kandungan lemak meningkat namun otot merosot
  • Depresi
  • Kesukaran menumpukan perhatian

Kebimbangan terhadap kesihatan

Rendah testosteron kadangkala boleh menyebabkan implikasi jangka masa panjang yang serius terhadap tubuh badan. Kebanyakan individu yang mengalaminya akan lemah tulang lalu menyebabkan kondisi osteoporosis. Ini pula akan menyebabkan mereka lebih mudah mengalami kecederaan. Selain itu, kondisi ini juga akan menjadi pencetus kepada masalah jantung dan pelbagai penyakit lain.

Diagnosis

Jika anda perasan beberapa simptom seperti masalah ereksi dan keinginan seksual berlaku pada anda, segera berjumpa doktor. Ujian darah akan dilakukan untuk mengenal pasti kadar testoterin. Namun begitu, ia perlu dilakukan beberapa kali kerana ia mudah berubah-ubah setiap hari. Ujian darah selalunya dilakukan pada waktu pagi kerana ketika ini kadar testosteron berada pada tahap paling tinggi.

Rawatan

Anda mungkin akan disarankan untuk melakukan terapi jika anda mengalaminya. Kebanyakan lelaki dengan testosteron yang rendah boleh menggunakan gel untuk ditampal pada ketiak atau bahu mereka. Antara metode yang lain pula adalah mendapatkan suntikan ke dalam otot untuk meningkatkan kadar testosteron secara perlahan-lahan. Individu yang mengalami kanser prostat pula tidak digalakkan mendapatkan rawatan ini kerana ia boleh menerukkan lagi kondisi kanser mereka.

Bilakah anda perlu mendapatkan rawatan?

Apabila lelaki mula mencecah usia 40-an, anda perlu berjumpa doktor untuk melihat kadar testosteron anda normal atau tidak. Jika rendah, rawatan perlu dilakukan dengan segera.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

    Apa kata, kali ini kita lihat kepada makanan tidak berkhasiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada otak, khususnya memori otak. Apakah makanan itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Sudah menjadi lumrah kita untuk membina pertalian. Hubungan sihat mampu memberi manfaat terhadap kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Kesan Pada Tekak Jika Alami Difteria, Ini 8 Simptom Yang Boleh Bawa Maut!

    Kesan penyakit difteria akan banyak berlaku kepada tekak. Jom klik untuk tahu 8 simptom yang mungkin akan terjadi sekiranya dijangkiti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Perasan tak garisan hitam di perut? Garis hitam itu linea nigra yang selalu ada pada perut wanita hamil. Tapi anda tidak mengandung, jadi kenapa ia wujud?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kelenjar air liur

    5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Berlaku Pada Kelenjar Air Liur, Yang Terakhir Paling Menakutkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    tanda kanser usus

    Lakukan Ujian Najis Untuk Kesan Kanser Kolorektal, Adakah Benar-benar Berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah usus

    Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    membunuh diri

    Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan