Gatal Kulit Selepas Cukur Bulu Kemaluan? Ini Sebab Cik Abang Salah Teknik, Ada 5 Langkah Tepat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kaum lelaki sering berdepan dengan satu masalah ketika cukur bulu kemaluan; kulit mengalami keradangan atau iritasi selepas bercukur.

Tahukah anda, dengan cara dan teknik yang betul ketika mencukur bulu kemaluan lelaki, masalah ini sebenarnya boleh dielakkan.

Mungkin ramai lelaki di luar sana yang cukur bulu kemaluan masing-masing tanpa menggunakan kaedah yang tepat.

Kesannya, kulit mengalami keradangan dan berasa tidak selesa selepas itu. Apatah lagi jika kulit pada bahagian yang dicukur tersebut bergesel dengan seluar atau pakaian dalam yang dipakai.

Apa tunggu lagi, baca tip di bawah ini.

Kaedah tepat cukur bulu kemaluan yang patut anda ikuti!

Terdapat beberapa tip yang perlu diikuti agar proses mencukur bulu kemaluan lelaki ini memberikan kesan seperti yang diharapkan.

Walaupun ia mungkin kelihatan mudah seperti mencukur janggut atau misai di wajah, namun sebenarnya ia agak berbeza.

#1. Gunakan alatan cukur bulu kemaluan yang betul

bulu kemaluan lelaki

Memandangkan kawasan kulit pada bahagian kemaluan lelaki adalah agak sensitif, anda disarankan untuk menggunakan krim pencukur.

Sediakan sama ada krim pencukur atau gel sahaja dan jangan sesekali menggunakan sabun biasa. Selain itu, anda juga perlu perhatikan jenis mata atau pisau cukur yang akan digunakan.

Terdapat pelbagai pilihan jenis mata cukur, sama ada yang murah atau juga yang lebih mahal. Untuk penggunaan mata cukur, cuba elakkan jenis pencukur pakai buang.

Ini kerana kebanyakan pencukur jenis ini hanya berkesan digunakan 2 atau 3 kali sahaja sebelum mata cukur tersebut menjadi tumpul.

Selain itu, pencukur jenis ini juga mempunyai kepala pencukur yang tidak boleh digerakkan.

Ia boleh merisikokan kulit anda untuk mengalami luka akibat mata cukur. Jadi, cari pencukur dengan kepala boleh laras apabila anda cukur bulu kemaluan lelaki. 

#2. Kedua, pastikan bahagian yang hendak dicukur berada dalam keadaan bersedia

Apakah yang dimaksudkan dengan bersedia?

Perkara pertama yang perlu dilakukan kepada bulu kemaluan anda sebelum dicukur adalah dengan memastikan bulu tersebut berada dalam keadaan pendek.

Jika bulu kemaluan lelaki tersebut panjang, maka aktiviti mencukur akan mengalami sedikit gangguan dan tidak begitu berkesan.

Ada kemungkinan pisau cukur akan menarik bulu kemaluan tanpa sempat dicukur.

Kesannya, anda sendiri akan berasa sakit dan kulit mengalami keradangan. Potong bulu kemaluan anda untuk menjadi lebih pendek sebelum mula mencukur. 

#3. Mandi sebentar untuk relakskan kulit

Selepas anda memotong pendek bulu kemaluan lelaki tersebut, ambil masa sekitar 5 minit sahaja untuk mandi dengan air suam.

Haba dan juga stim daripada air suam tersebut akan membuatkan kulit anda menjadi lebih relaks dan juga lebih lentur untuk dicukur.

Selain itu, sewaktu anda mandi, anda juga boleh menanggalkan sel-sel mati pada kulit dengan menggunakan skrub mandian.

Untuk lebih memudahkan kerja mencukur, anda boleh gunakan minyak pencukur, fungsinya untuk memberikan kelembapan pada kulit dan perlindungan antara kulit serta mata cukur.

Selain itu, ia turut berfungsi mengurangkan keradangan kulit dan ruam pisau cukur.

#4. Mula mencukur sekarang!

cukur bulu kemaluan

Kini tiba masanya untuk anda mula mencukur.

Tetapi sebelum itu, sapukan dahulu krim pencukur yang telah anda sediakan sebelum ini.

Ratakan krim tersebut dengan menyapukannya pada bulu dan gerakkan tangan anda dengan cara membuat pusaran.

Ini bertujuan agar bulu kemaluan tersebut diselakkan sebelum mula mencukur.

Cukur secara perlahan-lahan mengikut arah bulu kemaluan tersebut.

Jika anda mencukur menyongsang arah, anda akan lebih mudah mengalami iritasi pada kulit.

Jangan mencukur di satu kawasan yang sama berulang kali untuk mengelakkan kulit melecet. 

#5. Bersihkan diri setelah mencukur

Apabila selesai melakukan cukur bulu kemaluan, cuci pisau cukur anda dengan bersih.

Kemudian, basuh bahagian kemaluan anda untuk mengelakkan kegatalan.

Sebaik dibersihkan, keringkan bahagian kemaluan anda dengan cara mengelap menggunakan kain tuala yang kering.

Jangan sesekali menggosoknya dengan kasar kerana kulit pada bahagian kemaluan agak sensitif.

Untuk memberikan kelembapan semula pada bahagian kulit yang dicukur, anda boleh menyapukan losyen yang bersifat ringan dan tidak mempunyai kandungan pewangi. 

Kesimpulan

Aktiviti cukur bulu kemaluan mungkin satu aktiviti yang dianggap remeh, namun ia boleh menyebabkan ketidakselesaan jika tidak dilakukan dengan betul.

Jika kulit mengalami iritasi akibat kaedah mencukur yang tidak tepat, anda bukan sahaja tidak selesa, malahan boleh menyebabkan rasa gatal pada bahagian kulit tersebut. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Artikel lain untuk anda

mencukur miss v

Perlu Ke Cukur Miss V Sebelum Bersalin? Ketahui Manfaat & Risiko Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 23/08/2020 . 3 minit bacaan
bulu kemaluan

Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/06/2020 . 3 minit bacaan