Alamak! Wanita Ini Tertukar Sperma Sewaktu Rawatan IVF, Bagaimana Boleh Terjadi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Walaupun rawatan kesuburan mempunyai maklum balas yang positif, tetapi buat sesetengah individu, pengalaman yang dialami oleh mereka boleh menjadi mimpi ngeri. Ada yang dirawat dengan menggunakan sperma yang salah, ada klinik yang terhantar maklumat sensitif kepada pasangan yang salah dan ada juga insiden yang menyebabkan kerosakan kepada embrio. Ikuti artikel ini untuk mengetahui berkenaan dengannya.

Nota penafian: Artikel ini ditulis berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku di luar negara. Ia tidak bertujuan untuk membenarkan perkara yang dilarang oleh kepercayaan agama masing-masing (penggunaan sperma lelaki lain). 

Salah sperma

Puan F menunggu di hadapan pintu klinik, keresahan. Dia dan suaminya sudah merancang untuk menjalankan prosedur persenyawaan in vitro (IVF) buat kali ketiga. Hasil daripada dua prosedur yang dilakukan olehnya sebelum ini telah memberikan pasangan tersebut seorang cahaya mata. Mereka menggunakan sperma penderma yang sama kali ini untuk mendapatkan anak yang kedua.

Percubaan pertama mereka menggunakan sperma penderma pertama tidak berjaya. Namun itu tidak mematahkan semangat mereka pada ketika itu dan doktor menyarankan penggunaan sperma penderma yang lain untuk cubaan kali kedua. Kini, dia berharap agar cubaan kali ketiga menggunakan sperma yang sama daripada penderma kedua berjaya. Tujuannya adalah untuk mendapatkan anak kedua yang mempunyai struktur genetik yang sama dengan anak mereka yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, setelah selesai proses pemindahan embrio ke dalam rahim Puan F, dia diberitahu bahawa terdapat kesilapan pada kertas kerja. Mereka menggunakan sperma daripada penderma pertama! Susulan daripada kejadian itu, pusat kesihatan tersebut memohon maaf dan menjanjikan sokongan berterusan untuk membantu Puan F dalam mendapatkan anak kedua. Puan F disahkan mengandung dan mereka bercadang untuk meneruskan proses kehamilan tersebut.

Kawal selia rawatan ketidaksuburan

Walaupun dalam senario di atas, Puan F mampu bertoleransi dengan kesilapan yang dilakukan oleh pihak klinik, kebanyakan individu cenderung untuk melenting dalam situasi tersebut. Mana tidaknya, rawatan kesuburan ini menelan kos yang agak tinggi jadi usaha untuk mengawal selia prosedur rawatan perlu dikuatkuasakan untuk menjamin kualiti perkhidmatan terbaik. Kesilapan menggunakan sperma yang salah ini merupakan salah satu daripada kecuaian klinikal yang berlaku dalam kalangan klinik-klinik kesuburan di England. Laman web Dailymail melaporkan bahawa kira-kira 294 insiden kesilapan klinikal telah berlaku tahun lepas. Ini termasuk insiden pembocoran maklumat peribadi pesakit kepada keluarga yang salah dan kemusnahan embrio kesan daripada kecuaian pekerja.

Selain daripada kesilapan teknikal tersebut, sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS) juga kian meningkat. Ini merupakan kesan sampingan rawatan IVF di mana dos ubat suntikan hormon yang berlebihan akan menyebabkan ovari bengkak. Tujuan suntikan ini adalah untuk merangsang perkembangan telur wanita di dalam ovari agar ia cepat matang. Namun, jika ubat hormon dan simptom yang dialami oleh pesakit tidak dikawal selia, ia boleh menyebabkan simptom yang lebih teruk seperti sakit abdomen, muntah, sesak nafas dan kenaikan berat badan mendadak.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Human Fertilisation and Embryology Authority, pada tahun 2018 sebanyak 156 kes berkaitan dengan kesan sampingan prosedur IVF telah berlaku. 104 kes terpaksa dirawat di hospital dan selebihnya, diberikan ubat tahan sakit untuk mengawal simptom. Kenaikan jumlah kes pada tahun ini berbanding tahun lepas (132) berkemungkinan disebabkan oleh peningkatan pada tahap kesedaran pekerja klinik untuk melaporkan OHSS. Ini bagi memastikan wanita yang terlibat dirawat dengan baik di hospital berdekatan.

Konklusi

Kesilapan klinikal khususnya berkaitan dengan rawatan masalah ketidaksuburan tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan emosi dan psikologi pasangan terutamanya jika kesilapan tersebut boleh dielakkan dengan langkah berjaga-jaga. Selain daripada kesilapan teknikal, pihak terlibat perlu mengambil serius berkenaan dengan kesan sampingan OHSS yang terpaksa ditanggung wanita melalui prosedur IVF. Jika anda mengalami simptom yang menyerupai OHSS selepas melakukan prosedur IVF, rujuk doktor anda untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kurang Folikel Punca Sukar Hamil? Fahami Kaedah AFC Dalam Rawatan Kesuburan

    Ingin melakukan rawatan kesuburan? Tetapi pernahkah anda mendengar tentang folikel antral? Jom ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 04/05/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Anak? Ini Caranya!

    Bukan senang nak dapatkan anak. Namun, adakah bermakna ia susah? Teruskan membaca jika anda ingin mengetahui rahsia mendapatkan anak dengan mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 07/10/2019 . 3 minit bacaan

    Ooforektomi: Prosedur Pembedahan Pembuangan Ovari

    Ooforektomi adalah adalah prosedur pembedahan untuk pembuangan ovari. Ovari adalah dua organ berbentuk badam yang mengandungi dan melepaskan telur untuk ovulasi. Selain itu, ia juga menghasilkan hormon.  Pembedahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/02/2019 . 2 minit bacaan

    Punca-Punca Utama Ketidaksuburan Dalam Wanita

    Ketidaksuburan dalam wanita adalah salah satu daripada kerisauan utama kaum hawa dan juga pasangan mereka. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Penting untuk kita fahami punca-puncanya agar ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/02/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ikat peranakan

    Nafsu Seksual Wanita Terjejas Angkara Prosedur Ikat Rahim? Usah Risau, Ini 9 Perkara Kena Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
    prosedur pap smear

    Ujian Pap Smear Untuk Kesan Kanser Serviks, Tapi Boleh Juga Ke Wanita Nak Check Kanser Ovari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
    tiub fallopio tersumbat

    9 Kaedah Semulajadi Untuk Merawat Tiub Fallopio Tersumbat, Ubah Gaya Hidup Anda Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    cara kecutkan cyst

    Kerap Sangat Sakit Bawah Perut? Hati-Hati Dengan 11 Tanda Cyst Ovari Yang Mengancam Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan