Tanaman Dalam Rumah TIDAK TAPIS Udara Seperti Yang Kita Sangka! – Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pasti ramai yang gemar meletakkan tanaman hiasan dalam rumah masing-masing. Warna kehijauan dedaun tanaman dalam rumah ini mampu memberikan kesan yang menenangkan kepada penghuninya.

Jika anda meletakkan tumbuh-tumbuhan berpasu ini dengan tujuan mencantikkan ruang dalaman kediaman, ia amatlah mempesonakan!

Walau bagaimanapun, jika anda meletakkannya dengan tujuan untuk membersihkan udara dalam rumah, anda mungkin rasa tindakan anda hanya sia-sia apabila membaca tajuk artikel ini, kan?

Tanaman hiasan dalam rumah tidak berkesan membersihkan udara

Berdasarkan hasil kajian terbaharu, tanaman hiasan dalam rumah sebenarnya tidak mampu atau tidak berkesan dalam menapis udara seperti yang disangkakan selama ini.

Menurut Profesor Michael Waring, profesor dalam bidang kejuruteraan alam sekitar dan seni bina di Drexel University, anda sebenarnya memerlukan antara 10 hingga 1,000 tumbuhan bergantung kepada saiz dan spesies bagi setiap satu meter persegi, untuk mendapatkan kesan pembersihan udara yang sama seperti di luar rumah. 

Menurutnya lagi, tanaman dalam rumah sebenarnya sangat perlahan dalam menapis toksin bawaan udara yang biasa berlaku di dalam rumah.

Toksin tersebut dikenali sebagai sebatian organik tidak menentu atau (VOC). VOC biasa dilepaskan melalui pembakaran kayu arang atau melalui pelepasan daripada cat-cat perabot rumah anda.

Sebatian kimia ini mampu menyebabkan iritasi pada mata, hidung dan tekak, selain menyebabkan sakit kepala dan juga risiko kanser paru-paru

Jangan putus asa, ini kebaikan lain tumbuhan dalam rumah

tanaman dalam rumah

Tanaman hiasan dalam rumah mungkin tidak berkemampuan untuk menapis udara seperti yang kita sangka, walau bagaimanapun ia tetap mempunyai beberapa manfaat lain.

Sepertimana yang kita tahu, tumbuhan mempunyai satu proses kimia yang dipanggil sebagai fotosintesis. Proses fotosintesis yang berfungsi menghasilkan makanan untuk tumbuhan turut bertindak menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen untuk keperluan manusia.

Jika di luar rumah, akar tumbuhan atau pokok mampu menyerap logam berat bertoksik seperti plumbum.

Selain itu, tumbuhan hijau di dalam rumah mampu memberikan kesan positif kepada mental penghuninya.

Ahli psikologi menyatakan, dengan hanya melihat kepada tumbuhan berdaun hijau, akan membantu merangsang mood dan menjadikan kita berasa lebih baik dan berfikir dengan lebih kreatif. 

Bagi kediaman yang kerap menggunakan pendingin hawa, tumbuh-tumbuhan mampu mengekalkan kelembapan dalam ruangan rumah anda.

Selain itu, tumbuh-tumbuhan ini juga berkemampuan untuk menurunkan suhu dalam rumah anda dan mengurangkan bunyi bising dalam rumah anda. 

Bagi mereka yang sedia ada meletakkan tumbuhan dalam sesuatu ruang seperti rumah atau bilik anda, jangan pula dibuang tumbuhan tersebut.

Ia mungkin tidak mampu menapis udara, tetapi ia masih menyumbang kepada beberapa kebaikan lain untuk anda dan keluarga anda. Walau bagaimanapun, jangan terlalu kerap menyiramnya kerana kadar kelembapan tanah di dalam pasu bagi tumbuhan di dalam rumah adalah sangat tinggi dan lambat mengering.

Air yang bertakung di dalam pasu berpotensi merosakkan akar dan batang pohon tersebut. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Jika anda adalah salah seorang yang sering bersenam di luar rumah, anda perlu tahu bahawa rambut mudah gugur kerana ia berkaitan dengan udara luar tersebut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan/Keguguran Rambut 21/11/2019 . 3 minit bacaan

    Siapa Sangka Udara Dalam Rumah Sama Buruk Dengan Udara Di Luar!

    Kami tidak ingin menakutkan anda tetapi adakah anda sedar, kadangkala udara di dalam rumah juga tidak kurang buruk berbanding udara di luar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 16/10/2019 . 2 minit bacaan

    Untungnya Ada Indoor Plant Dalam Rumah, Ia Bantu Memperbaiki Emosi & Buat Anda Rasa Lebih Tenang!

    Biasa kita melihat tanaman di luar rumah. Namun kini, semakin ramai yang meletakkan tanaman rumah. Adakah ia memberikan fungsi terapi hijau?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 08/10/2019 . 2 minit bacaan

    Ada Banyak Khasiat Jagung, Namun Benarkah ‘Popcorn’ Boleh Menyebabkan Kanser?

    Jagung sangat enak untuk dimakan. Pun begitu, ada beberapa risiko yang diperkatakan mengenainya. Sila ikuti artikel ini untuk mengetahuinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 27/08/2019 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pokok dalam rumah

    Stres Kena WFH? Apa Kata Letakkan Indoor Plant, Ada Kebaikan Untuk Kesihatan Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    lampu garam

    Simpan Lampu Garam Dalam Rumah Untuk Rawat Resdung? Baca Ini Sebelum Beli!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
    pokok lidah jin

    ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Letak Pokok Berhijau Di Meja Kerja, Barulah Terasa Ringan OTAK!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2020 . 4 minit bacaan