Siapa Kata Orang Pekak Tidak Boleh Berjaya! Lihat 5 Tokoh Ini, #4 Paling Menakjubkan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/03/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Jika anda dilahirkan atau didiagnosis dengan masalah pendengaran, pasti anda berasa rendah diri. Mana tidaknya, anda kehilangan satu deria yang penting bagi proses pembelajaran dan komunikasi. 

Tambahan pula, kebanyakan individu di sekeliling anda tidak tahu bagaimana cara untuk bercakap menggunakan bahasa isyarat. Mungkin ramai individu yang suka mengejek dan memperlekehkan kelemahan yang anda miliki. Kesannya, anda mungkin tidak mempunyai ramai kawan.

Namun, di sebalik kekurangan tersebut, jika anda bertekad untuk berjaya, tidak ada seorang pun yang mampu menghalangnya. Lihat sahaja pada tokoh-tokoh hebat yang berjaya mencapai matlamat walaupun mereka mempunyai masalah pendengaran.

Bersempena dengan Hari Pendengaran Sedunia, artikel ini akan membicarakan berkenaan dengan tokoh yang berjaya menempuhi cabaran mereka dengan masalah pendengaran. Teruskan pembacaan anda.

1. Muhammad Hawari, orang pekak dan bisu tawan Kem Pusat Annapurna, Nepal

Siapa tidak kenal Muhammad Hawari Hashim, pendaki orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pekak dan bisu. Pada tahun 2019, beliau telah berjaya sampai ke Kem Pusat Annapurna yang terletak kira-kira 4,130 meter dari aras laut.

Bukan mudah untuk sampai ke destinasi memandangkan mereka yang menyertai ekspedisi tersebut perlu mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Hawari telah membuktikan bahawa tiada kekurangan yang boleh menghalang beliau daripada mencapai apa yang dihajati.

Menjelang April 2020, Hawari akan menyertai Ekspedisi Wawasan 2020 dalam usaha untuk menawan puncak Gunung Everest. Dr Wan Azizah memuji keteguhan diri anak muda tersebut dan menyeru rakyat Malaysia untuk mencontohi kecekalan yang ditunjukkan oleh Hawari.

2. Lou Ferrigno, jaguh berbadan Ssasa yang berjaya membawa karakter The Hulk

orang pekak

Jika anda lahir pada era 90-an, pasti anda tidak kenal akan tokoh ini. Lou Ferrigno merupakan jaguh bina badan dan pelakon yang terkenal di Amerika Syarikat. Antara watak yang pernah dilakonkan olehnya adalah watak adiwira The Hulk melalui studio lakonan Marvel.

Ramai yang tidak tahu bahawa Ferrigno sebenarnya mempunyai masalah pendengaran disebabkan oleh jangkitan telinga yang dialaminya ketika masih kecil. Lou hilang 80% keupayaan untuk mendengar dan beliau memakai alat bantuan pendengaran semenjak berusia 5 tahun.

Beliau pernah dibuli disebabkan oleh kekurangan tersebut namun itu tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, beliau berazam untuk mencuba sedaya upaya bagi menembusi dinding yang menjadi penghalang kepadanya untuk mencapai matlamat yang diinginkan.

3. Bill Clinton, bekas Presiden Amerika Syarikat alami masalah pekak

Bukan seorang tetapi ada 10 Presiden Amerika yang pernah alami masalah pendengaran. Salah seorang daripadanya adalah Bill Clinton. Oleh sebab beliau gemarkan aktiviti memburu itik dan mendengar muzik yang kuat semasa beliau muda, Clinton mengalami masalah pendengaran berkaitan dengan bunyi berfrekuensi tinggi. 

Ketika berada di dalam bilik perbincangan yang sesak, beliau mungkin menghadapi masalah untuk mendengar perbualan di dalam bulatan sosialnya. Clinton memakai alat bantuan pendengaran bagi membolehkan keupayaannya untuk mendengar pada tahap yang optimum.

Selain beliau, antara bekas Presiden Amerika yang mengalami masalah pendengaran adalah seperti berikut:

  • George Washington
  • Thomas Jefferson
  • Theodore Roosevelt
  • Herbert Hoover
  • Ronald Reagan
  • Richard Nixon
  • Gerald Ford
  • Jimmy Carter
  • George H.W. Bush

4. Ludwig Van Beethoven, cipta karya seni ketika pekak sepenuhnya

orang pekak

Siapa tidak mengenali Beethoven? Beliau merupakan komposer dan pemain alat muzik klasik yang terkenal dengan karya seninya. Semasa beliau berusia 26 tahun, Beethoven mengalami masalah kehilangan pendengaran. Ia merupakan perkara yang dianggap paling buruk boleh berlaku kepada mana-mana komposer muzik.

Bayangkan, anda ingin mencipta lagu, sudah tentulah deria pendengaran merupakan deria yang penting bagi mencapai matlamat tersebut. Walau bagaimanapun, Beethoven tidak pernah berputus asa. Beliau terus bergiat aktif dalam menghasilkan seni dan kini, Beethoven dianggap sebagai komposer lagu klasik tersohor di dunia.

Apa yang lebih mengagumkan adalah, kebanyakan lagu yang menjadi pilihan ramai dan menjadi sumber kepada reputasinya dicipta ketika beliau pekak sepenuhnya.

5. Halle Berry, hilang pendengaran kerana penderaan domestik

Anda pasti mengenali penerima Anugerah Akademi, Halle Berry. Beliau mengalami masalah pendengaran pada telinga kanannya berikutan penderaan domestik yang dilakukan oleh bekas teman lelakinya.

Ekoran daripada tragedi itu, Halle telah kehilangan 80% keupayaannya untuk mendengar dengan telinga kanan. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus membela wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Kini, Halle bukan sahaja merupakan bintang Hollywood yang disegani, malah beliau juga telah membintangi pelbagai jenis filem antarabangsa dan menerima pelbagai jenis anugerah filem khususnya dalam filem yang berjudul Monster Ball.

Konklusi

Jika anda mengalami masalah pendengaran, usah segan. Hadirkan diri anda untuk mendapatkan pemeriksaan daripada doktor. Sekurang-kurangnya, anda boleh berbincang dengan doktor berkenaan dengan langkah terbaik yang boleh diambil bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih teruk.

Jika anda telahpun didiagnosis dengan masalah pekak, ingatlah bahawa, terdapat banyak selebriti dunia yang juga merupakan orang pekak. Kegigihan mereka untuk mencapai matlamat masing-masing dengan mengharungi halangan seharusnya dicontohi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tiap-tiap Hari Korek Telinga, Perlu Ke Bersihkan Telinga Selalu?

    Menjaga kebersihan telinga perkara yang dianggap mudah. Cotton bud pilihan ramai bagi mengeluarkan earwax. Apa sebenarnya fungsi earwax dalal telinga?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 12/03/2019 . 3 minit bacaan

    1.1 Bilion Belia Berisiko Hadapi Masalah Pendengaran

    1.1 bilion belia berdepan risiko kehilangan pendengaran disebabkan pendedahan berpanjangan dan berlebihan kepada bunyi kuat dan muzik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Diet Sihat Mengurangkan Risiko Hilang Pendengaran

    Semakin meningkat usia, kemungkinan besar anda akan mengalami kehilangan pendengaran. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan seramai 466 juta penduduk dunia mengalami masalah pendengaran termasuk 34 juta ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Bolehkah Muzik Merosakkan Telinga Anda?

    Orang dewasa dan kanak-kanak biasanya terdedah kepada muzik yang kuat. Mendengar muzik yang kuat melalui tunas telinga yang disambingkan ke peranti seperti iPod atau MP3 atau di konsert muzik noleh menyebabkan kehilangan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah pendengaran

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    pekak sebelah telinga

    Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    diabetes adalah

    Diet Mediterranean Kurangkan Risiko Berlakunya Masalah Pendengaran

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/11/2019 . 2 minit bacaan
    alat muzik

    Alat Muzik, Bagaimana Ia Membantu Perkembangan Kanak-kanak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 10/07/2019 . 8 minit bacaan