Apa Itu Klamidia?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Klamidia (Chlamydia) adalah jangkitan seksual (STD) yang biasa tetapi ia boleh disembuhkan dengan mudah. Sekiranya tidak dirawat, klamidia boleh menyebabkan wanita tidak berkeupayaan untuk hamil.

Apakah klamidia?

Klamidia adalah STI yang boleh menjangkiti lelaki dan wanita. Penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan kekal, serius kepada sistem pembiakan wanita, yang mana wanita akan mengalami kesukaran untuk hamil pada masa akan datang. Klamidia juga boleh menyebabkan kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim) yang boleh menyebabkan kematian.

Bagaimanakah klamidia tersebar?

  • Anda boleh mengalami klamidia dengan melakukan hubungan seks faraj, dubur atau oral dengan seseorang yang mempunyai klamidia.
  • Jika pasangan seks anda adalah lelaki anda masih boleh mendapat klamidia walaupn ia tidak ejakulasi (cum).
  • Sekiranya anda mempunyai klamidia dan dirawat pada masa lalu, anda masih boleh dijangkiti lagi jika mempunyai hubungan seks yang tidak dilindungi dengan seseorang yang mempunyai klamidia.
  • Sekiranya anda hamil, anda boleh menjangkiti klamidia kepada bayi anda semasa bersalin.

Bagaimanakah untuk mengurangkan risiko mendapat klamidia?

Satu-satunya cara untuk mencegah jangkitan seksual adalah dengan tidak melakukan hubungan seks faraj, dubur atau oral.

Jika anda aktif secara seksual, anda boleh melakukan perkara berikut untuk mengurangkan peluang anda mendapat klamidia:

  • Berada dalam hubungan monogami jangka panjang dengan pasangan yang telah diuji dan mempunyai keputusan ujian STD yang negatif.
  • Menggunakan kondom lateks dengan cara yang betul setiap kali anda melakukan hubungan seks.

Adakah saya berisiko mendapat klamidia?

Sesiapa yang melakukan hubungan seks boleh mendapat klamidia melalui seks faraj, dubur, atau oral yang tidak dilindungi. Walau bagaimanapun, golongan muda yang aktif secara seksual mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat klamidia. Ini disebabkan oleh faktor tingkah laku dan biologi dalam kalangan remaja. Gay, biseksual, dan lelaki lain yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki juga berisiko kerana klamidia boleh disebarkan melalui seks oral dan dubur.

Beritahu secara jujur kepada doktor anda dan tanyakan sama ada anda perlu diuji untuk klamidia atau STD lain. Jika anda seorang wanita yang aktif secara seksual lebih muda daripada 25 tahun, atau wanita yang lebih tua dengan faktor risiko seperti pasangan seks baru atau berbilang pasangan, atau pasangan seks yang mempunyai jangkitan seksual, anda harus mendapatkan ujian untuk klamidia setiap tahun. Gay, biseksual, dan lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki serta wanita hamil juga harus diuji untuk klamidia.

Jika anda hamil dan mempunyai klamidia, anda boleh menjangkiti bayi semasa kelahiran. Ini boleh menyebabkan jangkitan mata atau pneumonia pada bayi anda yang baru lahir. Mempunyai klamidia juga mungkin akan menyebabkan bayi pramatang.

Jika anda hamil, anda perlu diuji untuk klamidia semasa lawatan pranatal yang pertama. Ujian dan rawatan adalah cara terbaik untuk mencegah masalah kesihatan.

Jika mempunyai klamidia, bagaimanakah saya boleh mengetahuinya?

Kebanyakan orang yang mempunyai klamidia tidak mempunyai simptom. Jika anda mempunyai simptom, ia mungkin tidak muncul sehinggan beberapa minggu selepas anda melakukan hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti. Walaupun klamidia tidak menyebabkan simptom, ia boleh merosakkan sistem pembiakan anda.

Wanita yang mengalami simptom mungkin mengalami

  • Pelepasan faraj tidak normal
  • Berasa terbakar apabila membuang air kecil

Simptom pada lelaki boleh termasuk:

  • Pelepasan dari zakar
  • Berasa terbakar apabila membuang air kecil
  • Sakit dan bengkak pada satu atau kedua-dua buah zakar (walaupun ini kurang biasa)

Lelaki dan wanita juga boleh dijangkiti dengan klamidia dalam rektum mereka, sama ada dengan seks dubur atau dengan penyebaran dari dijangkiti (seperti faraj). Walaupun jangkitan ini sering menyebabkan tiada simptom, ia boleh menyebabkan

  • Kesakitan
  • Pelepasan

Bolehkah klamidia disembuhkan?

Ya, klamidia boleh disembuhkan dengan rawatan yang betul. Adalah penting bahawa anda mengambil semua ubat yang ditetapkan oleh doktor anda untuk mengubati jangkitan anda. Apabila diambil dengan betul ia akan menghentikan jangkitan dan boleh mengurangkan kemungkinan anda mempunyai komplikasi pada kemudian hari. Ubat untuk klamidia tidak boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja.

Jangkitan berulang dengan klamidia adalah perkara biasa. Anda perlu diuji semula kira-kira tiga bulan selepas dirawat, walaupun pasangan seks anda telah dirawat.

Saya dirawat untuk klamidia. Bilakah saya boleh melakukan hubungan seks lagi?

Anda tidak boleh melakukan hubungan seks lagi sehingga anda dan pasangan seks anda telah menyelesaikan rawatan. Sekiranya doktor anda menetapkan dos ubat tunggal, anda perlu menunggu tujuh hari selepas mengambil ubat sebelum bersetubuh. Sekiranya doktor anda menetapkan ubat untuk mengambil selama tujuh hari, anda harus menunggu sehingga anda telah mengambil semua dos sebelum bersetubuh.

Apakah yang akan berlaku jika tidak dirawat?

Kerosakan awal klamidia sering tidak disedari. Walau bagaimanapun, klamidia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius.

Jika anda seorang wanita, klamidia yang tidak dirawat dapat merebak ke rahim dan tiub fallopio (tiub yang membawa telur dari ovari ke rahim), menyebabkan penyakit radang pelvik (PID). PID sering tidak mempunyai simptom, bagaimanapun, sesetengah wanita mungkin mengalami sakit perut dan pinggul. Walaupun ia tidak menyebabkan simptom pada awalnya, PID boleh menyebabkan kerosakan kekal pada sistem pembiakan anda dan membawa kepada kesakitan pinggul jangka panjang, ketidakupayaan untuk hamil, dan kehamilan ektopik yang berpotensi (kehamilan di luar rahim).

Lelaki jarang mengalami masalah kesihatan yang dikaitkan dengan klamidia. Jangkitan kadang-kadang merebak ke tiub yang membawa sperma dari buah zakar menyebabkan rasa sakit dan demam. Jarang sekali, klamidia boleh menghalang lelaki daripada mendapat anak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

    Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

    Bagi para wanita, kesakitan pada pelvis mungkin merupakan tanda kekejangan haid, ovulasi, atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Alahai, Baby Sedap Duduk Dalam Perut, Tak Nak Keluar Lagi? Cubalah 7 Petua Cepat Bersalin Ini

    Baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar? Adakah terdapat cara mempercepatkan bukaan rahim? Ada 9 petua mudah bersalin untuk anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

    Adakah ia sesuatu yang normal untuk wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kejang perut tanpa haid

    Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesuburan wanita

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit tiroid ibu hamil

    Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya stress ketika mengandung

    Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan