backup og meta

Anda Mungkin Tak Pernah Dengar Fakta Tentang Kondom Ini, #6 Paling UNIK

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/06/2021

    Anda Mungkin Tak Pernah Dengar Fakta Tentang Kondom Ini, #6 Paling UNIK

    Anda selalu dengar tentang dan fungsi kondom, malahan anda mungkin pernah menggunakannya. Tetapi apa fakta tentang kondom yang anda tahu?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Kondom

    Kondom merupakan satu kaedah kawalan kehamilan dan pencegahan penyakit kelamin (STD) yang biasa dan berkesan ketika melakukan hubungan seksual. Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran.

    Selain digunakan untuk mengawal kelahiran dan mencegah penyakit, melibatkan jangkitan kelamin (STD) seperti gonorea, sifilis, AIDS dan lain-lain.

    Fungsi kondom sudah tentu untuk membendung sperma daripada memasuki ovari. Namun adakah itu sahaja fakta tentang kondom yang anda tahu? Haa..berikut beberapa fakta tentang kondom yang menarik dan mengujakan.

    8 fakta tentang kondom

  • Berapa lama kondom digunakan?
  • Kondom telah digunakan sejak 15,000 tahun yang lalu. Kondom yang paling tua telah dijumpai Sweden dan ia diperbuat daripada usus babi.

    1. Kondom tidak boleh mencegah penyakit kelamin dan kehamilan 100%

    Tahap peratusan bagi keberkesanan kondom dalam mencegah STD dan kehamilan hanya 97%, iaitu merupakan peratusan tertinggi di antara kaedah pencegah yang ada. Kes ralat mungkin berpunca dari sebab seperti penggunaan yang salah dan kondom yang sudah luput.

    Kondom berkesan untuk mencegah STD, penyakit HIVdan kehamilan. Jadi penggunaan kondom penting ketika melakukan hubungan seksual untuk melindungi kesihatan diri dan pasangan.

    Jika terdapat alahan selepas menggunakan kondom, haruslah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

    Fakta Tentang Kondom

    1. Di manakah pengeluar terbesar kondom?

    Malaysia merupakan negara yang mempunyai kilang penghasilan kondom terbesar, yang membekalkan 25% bahagian pasaran dunia. Selain itu, Amerika Syarikat merupakan negara penggunaan kondom terbesar di dunia.

    1. Fakta tentang kondom – Bagaimana kondom dihasilkan?

    Secara umumnya, sejak tahun 1920, kondom dihasilkan daripada lateks dan mula dijual oleh London Rubber Company, lebih dikenali sebagai Durex, pada tahun 1932.

    Walau bagaimanapun, sebelum penggunaan lateks, banyak bahan material berbeza seperti usus haiwan atau sutera digunakan. Kulit juga digunakan dalam penghasilan kondom di Jepun.

  • Fakta tentang kondom – Berapa jenis kondom?
  • Terdapat beberapa jenis kondom:

    • Kondom biasa – mempunyai saiz biasa dan boleh digunakan oleh setiap individu. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh memberikan keselesaan yang sama seperti penggunaan kondom yang lebih besar atau kecil.
    • Kondom kecil – direka untuk zakar yang lebih pendek atau kecil. Kondom jenis ini memberikan rasa yang lebih baik dan mengurangkan risiko kondom dari tertanggal ketika digunakan.
    • Kondom besar – merupakan kondom yang besar daripada yang biasa dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Ia juga direka untuk memberikan lebih keselesaan.
    • Kondom menyeronokkan – yang ditambah warna, perisa dan bersinar dalam gelap, untuk menjadi hubungan seksual lebih menarik. Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh menyebabkan alahan kepada individu lelaki mahupun wanita.
    • Kondom nipis – lebih nipis daripada kondom biasa untuk memberikan lebih sensitiviti kepada pengguna dan pasangan.
    1. Fakta tentang kondom – Adakah kondom hanya untuk lelaki?

    Selain kondom untuk lelaki, yang digunakan secara meluas, terdapat juga kondom untuk wanita. Ia adalah kantung dan mempunyai cincin fleksibel di setiap hujungnya. Kondom untuk wanita digunakan dengan cara memasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan seksual.

    Ketika hubungan seksual dilakukan, cincin terbuka pada bahagian luar faraj dan cincin pada bahagian hujung akan memegang kantung di dalam faraj. Dengan menghalang sperma daripada memasuki faraj, ia sekali gus menolak kemungkinan kehamilan untuk berlaku.

    Fakta Tentang Kondom

  • Tempat yang sesuai menyimpan kondom?
  • Ramai lelaki menyimpan kondom di dalam dompet atau poket seluar dan ia mungkin menjejaskan kualiti kondom. Kondom perlu disimpan di tempat yang kering sejuk.

    Selain itu, tarikh luput kondom juga harus sentiasa diperiksa sebelum digunakan. Kondom yang telah tamat tempoh tidak dapat mencegah kehamilan dengan berkesan.

    1. Uji kondom

    Setiap individu yang ingin menggunakan kondom tidak seharusnya menunggu masa untuk melakukan hubungan seksual untuk menggunakan kondom. Lelaki seharusnya menguji fungsi kondom dengan melancap. Kenapa?

    Alasannya adalah untuk memastikan ia adalah saiz yang sesuai. Terlalu tebal atau terlalu besar boleh mendatangkan kesan negatif kepada lelaki. Selain itu, sesetengah individu lelaki mungkin akan mengalami alahan dengan material kondom. Oleh itu, melakukan pemeriksaan dan ujian adalah amat penting.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan