Kadar lemak darah
Lemak merupakan salah satu faktor utama penyebab penyakit jantung dan pembuluh darah. Lemak dapat menyusup ke dalam lapisan saluran darah yang rosak dan menyebabkan aterosklerosis, iaitu penyempitan dan penyumbatan pembuluh darah. Kajian yang dilakukan oleh Mohsen Nematy (2012) menyimpulkan bahawa terdapat perubahan pada profil lemak dan perbandingan lemak baik dan lemak jahat selama puasa di bulan Ramadan. Kadar kolesterol darah menurun dari 193,4 ± 51 mg / dl menjadi 184,3 ± 42 mg / dl selepas Ramadan. Begitu juga dengan kadar trigliserida yang menurun daripada 4.5 ± 1 mg / dl menjadi 3.9 ± 1 mg / dl dan lemak jahat, iaitu LDL. Selain, itu didapati juga peningkatan lemak baik iaitu HDL selepas puasa Ramadan.
Tekanan darah tinggi
Bagi pesakit tekanan darah tinggi, jantung mereka perlu bekerja lebih keras dalam mengepam darah berbanding dengan orang normal. Hal ini boleh menyebabkan jantung keletihan, dan boleh menyebabkan pembesaran dan penebalan otot jantung, sehingga membawa kepada kegagalan jantung. Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan pembuluh darah otak pecah sehingga terjadi strok hemoragik. Sepanjang bulan Ramadan, terdapat penurunan pada tekanan darah orang yang berpuasa, iaitu penurunan tekanan darah sistolik daripada 132.9 ± 16 mmHg menjadi 129.9 ± 17 mmHg, manakala tekanan darah diastolik, tidak mengalami penurunan yang signifikan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen