backup og meta

Bagaimana Untuk Membuat Serum Pembaikan Kulit Daripada Bahan-bahan di Rumah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/07/2020

    Bagaimana Untuk Membuat Serum Pembaikan Kulit Daripada Bahan-bahan di Rumah

    Anda tidak perlu membelanjakan wang yang banyak hanya untuk kekal cantik memandangkan anda boleh membuat sendiri serum pembaikan kulit dari rumah anda untuk menghidrasikan kulit anda. Kebanyakan produk penjagaan kulit yang boleh didapati di kedai-kedai mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya, bahan toksik, pewarna buatan dan banyak lagi kandungan yang boleh dipersoalkan yang mungkin tidak akan anda gunakan. Sekiranya anda berkeyakinan rendah dengan produk penjagaan kulit yang disediakan di kedai atau farmasi, anda mempunyai satu pilihan lain dengan menggunakan produk buatan sendiri yang boleh dibuat di rumah. Selain dapat menggunakan remedi berasaskan bahan semulajadi, anda boleh berjimat melalui pembelian bahan semulajadi yang murah dengan kesan yang sama hebat yang diberikan oleh produk-produk yang berharga mahal. Terdapat beberapa resipi untuk tujuan tertentu berkenaan bagaimana untuk memperbaiki permukaan kulit berasaskan bahan-bahan yang boleh didapati di rumah.

    1. Pembersih muka

    serum

    Pembersih muka adalah satu rutin penting untuk memastikan kulit sentiasa terhidrasi. Anda hanya memerlukan cecair sabun castile, air, minyak pati mengikut kesesuaian kulit anda dan carrier oil. Sabun castile membantu menanggalkan kotoran dan makeup tanpa merosakkan kulit dan carrier oil seperti minyak badam membantu melembapkan permukaan kulit dan memberikan sumber vitamin untuk menjadikan kulit kelihatan sihat. Didalam botol sabun, masukkan cecair sabun castile, minyak asas seperti minyak badam dan tambahkan minyak pati mengikut keinginan. Tambahkan air sehingga memenuhi botol untuk mencairkan sabun dan minyak pati dan goncang terlebih dahulu sebelum digunakan.

    2. Skrub muka

    serum

    Skrub muka yang dijual di kedai pada masa kini mengandungi microbeads yang membantu menggelupaskan dan melicinkan kulit, tetapi malangnya, sisa microbeads ini merosakkan alam sekitar. Sisa microbeads tersebut akan melalui sinki dan paip dan berakhir di tasik-tasik, sungai dan laut dan akhirnya berada di dalam sumber makanan kita kerana ikan-ikan memakannya. Sebagai alternatif, anda boleh membuat skrub wajah anda sendiri dengan menggunakan sedikit bahan daripada dapur anda. Sediakan 1 sudu makan baking soda, 1 atau 2 titis minyak pati frankincense, 1 atau 2 titis minyak pati lavender dan sedikit air untuk campuran. Campurkan kesemua bahan dan masukkan kedalam bekas kecil. Guna 1 atau 2 sudu makan dan campurkannya dengan air untuk menjadikannya pes, kemudian sapukan pes tersebut keatas kulit dengan perlahan-lahan selama beberapa minit. Sebagai fakta, minyak pati frankincense mempunyai manfaat penyucian kepada kulit dan masyarakat Mesir Purba menggunakannya sebagai bahan peremajaan kulit wajah.

    3. Toner

    serum

    Fungsi toner adalah untuk menyeimbangkan tahap pH kulit terutamanya untuk jenis kulit berminyak dan menghalang daripada pertumbuhan jerawat. Salah satu bahan untuk resepi toner buatan rumah adalah cuka epal. Cuka epal dikenali melalui sifat anti-keradangan dan anti anti-bakteria dan bertindak dengan baik untuk merawat jerawat dan mengurangkan kemerah-merahan. Anda hanya perlu air bertapis, cuka epal, minyak pati lavender dan minyak pati frankincense sebagai bahan campuran. Untuk kulit normal atau kulit kering, campurkan ⅓ cuka epal bersamaan dengan ⅔ air bertapis, manakala bagi kulit berminyak, campurkan ½ bahagian cuka epal bersamaan dengan ½ air bertapis. Kemudian tambahkan beberapa titis minyak pati lavender dan frankincense dan simpannya didalam botol kecil pada suhu bilik. Guna toner sebanyak 2 kali dalam sehari; sekali selepas mandian pagi dan sekali lagi sebelum anda tidur.

    4. Serum wajah

    serum

    Anda mungkin terlihat serum wajah dengan harga yang mahal di kedai, tetapi sekiranya anda memerlukan serum wajah dengan harga berpatutan, tiada cara yang lebih baik berbanding dengan kaedah membuatnya sendiri dengan kesan yang sama. Apa yang anda perlu untuk mendapatkan tona kulit yang cantik dengan kedutan yang minimum adalah minyak asas seperti minyak pati frankincense, minyak pati lavender, minyak pati myrrh, minyak pati helichrysum dan minyak pati ros. Campurkan kesemuanya (beberapa titis untuk setiap minyak pati) didalam botol penitis dan isikan minyak pati rosehip seed sehingga memenuhi botol tersebut. Gunakan serum wajah ini setiap pagi dan malam di kawasan wajah yang kelihatan kusam. Minyak rosehip seed terbukti untuk memperbaiki kulit dan membantu menyeragamkan tona kulit berdasarkan kajian pengkaji daripada Universiti San Marcos.

    5. Pelembap wajah

    serum

    Untuk melembapkan kulit wajah dengan menggunakan bahan yang diperoleh daripada rumah, pemilihan minyak asas adalah sangat penting. Carrier oil atau minyak asas diperbuat daripada beberapa jenis bunga, kekacang bahkan sayuran seperti badam, kacang macadamia, bijan, jojoba dan kelopak ros. Setiap satu memberikan manfaat masing-masing terhadap kesihatan kulit. Sebagai contoh, minyak jojoba berfungsi dengan baik untuk merawat kekeringan, penuaan dan kulit berminyak. Didalam resepi ini, minyak argan digunakan sebagai carrier oil kerana ia menyerap dengan cepat kedalam kulit tanpa rasa kesan berminyak. Campurkan 2 oz. minyak argan bersama-sama 15 titis minyak pati frankincense, 10 titis minyak pati lavender dan 10 titis minyak pati carrot seed. Simpan campuran tersebut didalam botol penitis dan gunakan 1 atau 2 titisan setiap pagi dan malam untuk melembapkan kulit anda seperti yang dikehendaki.

    Kesemua bahan semulajadi adalah selamat untuk digunakan dengan jumlah campuran yang betul dan tepat. Tiada sebarang bahan kimia berbahaya yang ditambah kedalam campuran kerana anda membuat sendiri campuran tersebut dengan penggunaan bahan yang dipilih sendiri oleh anda. Anda boleh membuat serum pembaikian kulit anda untuk kegunaan sendiri atau menjadikannya sebagai hadiah kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan