Bagaimana Muzik Mempengaruhi Emosi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Tahukah anda, bahawa muzik mempunyai kesan positif terhadap emosi, walaupun ia adalah muzik yang menyedihkan? Malahan, muzik dapat membantu menyingkirkan kesedihan dan kegelisahan, meningkat kebahagian serta memperbaiki emosi. Oleh kerana itu muzik direka sebagai antidepresen semula jadi. Mari kita dalami bagaimana muzik mempengaruhi emosi.

Kesan muzik kepada otak

Oleh kerana muzik memberi kesan ke atas banyak bahagian otak, beberapa pakar menganggap muzik mempunyai kelebihan untuk mengurangkan kemurungan dan kegelisahan. Bahagian otak, terutamanya hippocampus, prefrontal, korteks yang berperanan untuk mengendalikan emosi dan perasaan akan menguruskan aspek rentak, meter, timber, pitch sesuatu muzik.

Muzik mempunyai kebolehan untuk mengubah suai pelbagai bahagian otak, menyebabkan banyak terapi menggunakan muzik. Sebagai contoh, ahli terapi menggunakan muzik untuk mengajar individu yang menghidapi strok atau individu lembam untuk bercakap kembali atau mengucapkan perkataan dengan lebih jelas. Di samping itu, terdapat terapi perubahan emosi yang menggunakan muzik sebagai rawatan kemurungan dan kegelisahan.

Muzik menggembirakan

Apabila perasaan sedih atau kemurungan mula menyelubungi diri, ramai individu memilih untuk mendengar muzik yang gembira. Ini adalah satu penyelesaian efektif kepada mereka yang merasa rendah diri. Selama bertahun, ramai individu menjadi gembira disebabkan muzik. Ini kerana nada lagu yang menenangkan menyumbang kepada serotonin, hormon yang memainkan peranan penting untuk mewujudkan rasa bahagia dan keselesaan. Muzik juga menggalakkan pengeluaran hormon dopamin, neurotransmiter yang penting untuk meningkatkan emosi. Norepinephrine, hormon yang membuatkan anda gembira akan terhasil dengan banyak apabila anda mendengar muzik.

Muzik motivasi

Pelbagai lagu yang ditulis menyampaikan mesej yang baik. Contohnya, “You Raise Me Up” dari Josh Groban, “Stronger” dari Kelly Clarkson, “Fix You” dari Cold Play. Ia adalah mesej bersama  tona nyanyian euforia yang menjadi sumber motivasi untuk menaikkan emosi. Apabila merasa sedih, dengarkan lagu kegemaran anda, atau anda boleh mencari senarai lagu dengan mesej positif dalam talian.

Muzik menghilangkan tekanan

Tekanan boleh wujud dari pelbagai sebab: kerja, perhubungan, kewangan dan sebagainya. Satu nasihat: anda perlu mendengar muzik dan semua tekanan akan reda. Dikelilingi muzik yang menenangkan adalah rawatan efektif untuk otot yang tegang dan tertekan.

Gelombang otak diubah suai

Muzik bukan sahaja menukar emosi anda pada masa kini, tetapi ia juga membantu mengubah emosi yang mendatang. Terbukti bahawa gelombang otak akan diubah oleh muzik walaupun ia tidak kedengaran. Ini bermakna mendengar muzik sinonim dengan rasa positif selama berjam lamanya.

Ubah persepsi

Kesedihan boleh bertahan lama dan sukar dinafikan. Apa yang anda perlu adalah untuk mendengar lagu kegemaran anda. Pakar menegaskan bahawa keajaiban muzik yang segar membantu mencapai persepsi yang lebih membahagiakan. Betapa hebatnya muzik! Dengan semua manfaat yang disebutkan, ubatan antidepresen bagaikan tidak laku kerana siapa yang perlukan ubatan yang mahal jika muzik sudah dapat memberikan pelbagai manfaat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alzheimer dan Demensia: Mengapa Ingatan Terhadap Muzik Tidak Boleh Hilangkan?

    Sesetengah muzik memberi inspirasi kepada anda untuk melangkah, ada yang memberi inspirasi kepada anda untuk keluar dan mengubah dunia. Dalam apa jua keadaan, wajar untuk mengatakan bahawa muzik menggerakkan seseorang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz

    1.1 Bilion Belia Berisiko Hadapi Masalah Pendengaran

    1.1 bilion belia berdepan risiko kehilangan pendengaran disebabkan pendedahan berpanjangan dan berlebihan kepada bunyi kuat dan muzik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Rentak Muzik Rancak, Gembira: Membuatkan Individu Senang Bekerjasama

    Muzik sentiasa menjadi aspek penting dalam kehidupan. Kita memainkan muzik dalam majlis perkahwinan, semasa bersenam, dan juga semasa mandi. Rentak muzik yang tepat dapat merapatkan hubungan antara individu. ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Impak Muzik Terhadap Kanak-kanak dan Remaja

    Bayangkan dunia tanpa muzik. Sebenarnya, tugas ini agak sukar. Walaupun orang bekerja di pejabat atau tapak pembinaan, masih ada latar belakang bunyi muzik. Dari semasa ke semasa, sentiasa ada di suatu tempat di ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 09/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    terapi muzik

    Apa Itu Terapi Muzik? Ini Rupanya Kesannya Terhadap Fizikal & Mental Si Manja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/11/2019 . 3 minit bacaan
    lagu adele

    Anda Stres Kerja Atau Ketika Memandu? Kajian Suruh Anda Dengar Lagu Adele!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/11/2019 . 2 minit bacaan
    alat muzik

    Alat Muzik, Bagaimana Ia Membantu Perkembangan Kanak-kanak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 10/07/2019 . 8 minit bacaan
    perhatian

    Bermain Muzik Membantu Otak Untuk Lebih Menumpukan Perhatian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/03/2019 . 2 minit bacaan