backup og meta

Bagaimana Membebaskan Diri Dari Dibebani Penyesalan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    Bagaimana Membebaskan Diri Dari Dibebani Penyesalan

    Ada masanya dalam kehidupan, akan hadir kekecewaan tentang diri sendiri atau penyesalan mengenai perkara yang sudah berlalu. Kajian menunjukkan rasa kesal boleh menyebabkan gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental. Mari kenali apa itu penyesalan dan bagaimana membebaskan diri dari dibebani penyesalan.

    Percaya diri

    Penyesalan adalah satu perkara normal. Ia adalah lumrah manusia biasa yang akan melakukan perkara yang akan mendatangkan penyesalan dan ia sukar untuk dielakkan. Anda mungkin merasa sukar untuk melupakannya, namun, tidak bagi individu lain.

    Individu lain berjaya mengendalikan penyesalan dan membebaskan diri dari dibebani untuk menikmati kehidupan ini. Jangan merasakan bahawa anda tidak boleh melakukannya. Anda mempunyai banyak potensi diri untuk mengatasi rasa kesal anda jika anda mengetahui tindak balas yang betul dan meletakkan kesilapan yang sudah berlaku itu sebagai sejarah.

    Tiada yang sempurna

    Jika anda dibebani penyesalan, itu bermakna, anda bertanggungjawab ke atas apa yang anda lakukan atau apa yang tidak anda lakukan. Ini membuktikan tanggungjawab adalah sesuatu yang utama dan ia penting untuk kita tidak melarikan dari dari mengakui kesilapan kita sendiri di atas setiap tindakan yang kita lakukan.

    Anda perlu menerima hakikat bahawa anda cumalah manusia biasa yang mempunyai keterbatasan dalam setiap perkara; ada perkara yang boleh anda lakukan dan anda perkara diluar kawalan anda. Walaupun anda cukup mengenali atau mengetahui sesuatu dengan baik, anda masih tetap boleh melakukan penilaian yang salah. Anda mungkin bertindak mengikut emosi dan pemikiran yang tidak munasabah. Setiap manusia adalah tidak sempurna, mempunyai kelemahan dan melakukan kesilapan.

    Fikirkan bagaimana anda boleh menerima dan melayani keluarga dan rakan tanpa menghiraukan ketidaksempurnaan mereka. Anda perlu lakukan perkara yang sama ke atas diri anda dan menerima segalanya. Anda harus sedar, kesilapan bukan bererti kegagalan, ia adalah tanya kemanusiaan.

    Bagaimana untuk bebaskan dari dari bebanan kesilapan?

    Menerima penyesalan bukan bermakna anda akan berasa tenang dan lega sepenuhnya. Anda masih akan merasa kecewa, atau sedih, atau merasa bersalah atas perkara yang telah anda lakukan. Jika anda merasai perasaan sebegini, anda perlu lakukan 5 langkah yang berikut:

    1. Terima emosi ini. Benarkan ia masuk ke dalam diri dan tenangkan diri anda sebagaimana anda menenangkan anak kecil yang beremosi.
    2. Beritahu kepada diri anda bahawa segalanya akan menjadi baik. Bersimpati pada diri sendiri. Pergilah berjalan-jalan atau berikan diri anda merasa tenang dengan mandian air hangat.
    3. Berjumpalah dengan rakan baik anda dan luahkan perasaan anda dengan mereka.
    4. Jika mampu, mintalah maaf kepada individu yang anda sakiti.
    5. Jika tidak dapat melakukannya, anda boleh membantu individu lain yang berdepan dengan situasi yang sama seperti anda.

    Anda mungkin diberi kemaafan dari mereka yang anda sakiti, mungkin juga tidak. Anda mungkin perlu lebih memikirkan tentang kekecewaan dalam diri anda berbanding apa yang difikirkan individu di sekeliling anda. Pikullah tanggungjawab untuk mengurangkan bebanan yang anda tanggung walau banyak mana anda menyesalinya. Anda harus melihat diri anda lebih dari hanya memandang kesilapan yang anda telah lakukan.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan