Bagaimana Membantu Rakan Anda Yang Berdepan Keganasan Rumah Tangga?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda melihat sebarang lebam yang pada badan rakan anda? Adakah teman lelaki atau pasangan mereka merupakan individu yang agresif dan ganas secara fizikal? Mungkin anda sukar untuk mempercayainya, tetapi wujud kebarangkalian rakan anda menjadi mangsa penderaan yang berkaitan keganasan rumah tangga. Reaksi pertama anda mungkin tidak mahu ambil peduli, tetapi sebagai rakan, anda harus mengetahui simptomnya dan melindungi rakan anda daripada potensi bahaya pada masa hadapan.

Mengenalpasti penderaan

Apabila seseorang individu berkeinginan untuk mewujudkan kuasa dan kawalan ke atas individu lain melalui rasa takut dan ancaman, mereka akan mempunyai tingkah laku ganas atau agresif di dalam rumah. Perbuatan ini dikenali sebagai keganasan rumah tangga atau  penderaan domestik. Istilah lain termasuk, keganasan pasangan intim, kekacauan, penderaan hubungan, penderaan pasangan, atau keganasan keluarga, melibatkan keganasan fizikal, kekerasan seksual, keganasan psikologi, dan penderaan emosi.

Anda mungkin tidak pasti sama ada rakan anda mengalami ‘penderaan’. Dalam kebanyakan kes, mereka boleh menjadi takut terhadap individu yang mendera mereka atau mereka sentiasa cuba untuk memberi keselesaan kepada individu tertentu. Mereka berhenti berjumpa dengan keluarga atau rakan atau memutuskan panggilan telefon apabila pendera ada di bilik. Mereka kerap dikritik atau dimalukan oleh pendera dihadapan khalayak lain.

Mereka kerap mengaitkan pendera dengan istilah ‘cemburu’, ‘kerap marah’ atau ‘terlalu melindungi’. Jika rakan anda adalah mangsa penderaan domestik, mereka mungkin kerap mengalami rasa cemas atau tertekan, hilang keyakinan diri, atau terlalu berdiam diri, bersama beberapa kecederaan fizikal; seperti lebam, patah tulang, terseliuh, luka dan lain-lain.

Bagaimana membantu rakan anda?

Berbual apabila pendera tiada berhampiran

Anda harus memastikan bahawa perbincangan anda dengan rakan adalah sulit dan selamat. Mula bercakap dengan rakan anda secara sendirian. Ini boleh melindungi rakan dan diri anda, juga dalam masa yang sama memberikan mereka ruang untuk meluahkan masalah yang dihadapi.

Anda juga harus memilih tempat yang selamat untuk bercakap dengan mereka dan pastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk berbincang dengan rakan anda mengenai isu tersebut. Mangsa akan secara sukarela untuk berkongsi jika mereka merasa selamat dan mempercayai anda dapat merahsiakan apa yang berlaku terhadap mereka.

Persoalan seperti, “Saya risaukan awak kerana kita tidak dapat berjumpa dengan lebih kerap” atau “Anda kelihatan tidak gembira kebelakangan ini”, merupakan idea yang baik untuk memulakan perbualan.

Mempercayai apa yang dikatakan

Dalam kebanyakan kes keganasan rumah tangga, anda biasanya mengenali mangsa dan pendera. Anda akan merasa sukar untuk membayangkan seseorang yang anda kenali boleh bertindak ganas. Tetapi, individu yang ganas mungkin mempamerkan tingkah laku berbeza dari apa yang dilalui mangsa. Jadi ia adalah penting untuk anda mempercaya apa yang dikatakan oleh rakan anda. Mereka kerap menganggap ia perkara remeh daripada memperbesarkan isu tersebut. Ini adalah kebenarannya, terutama pada wanita. Kebanyakan khalayak sukar untuk mempercayai wanita, apabila dia pertama kali mendedahkan penderaan yang berlaku, yang menyebabkan mereka ragu-ragu untuk berkongsi dengan individu lain.

Bantu, bukan mengkritik

Jangan menghakimi atau mengkritik apa yang dikatakan rakan anda. Jangan beritahu mereka yang perlu mereka lakukan tetapi sebaliknya bantu mereka mengenalpasti pilihan yang ada. Sebaiknya, jangan menyuruh mereka untuk meninggalkan pendera atau mengkritik jika mereka memilih untuk terus bersama pendera.

Walaupun, anda mungkin mereka untuk meninggalkan dan menjauhi pendera, biarkan mereka untuk membuat keputusan mengikut keselesaan mereka. Kajian menunjukkan mangsa penderaan lebih mudah diserang pada ketika perpisahan atau selepas mereka menjauhi dan meninggalkan pendera.

Beritahu mereka tentang pertubuhan yang boleh membantu

Anda patut memberitahu mereka bahawa terdapat organisasi yang boleh membantu, termasuk perkhidmatan yang dapat membantu mereka untuk melepaskan diri dari pendera sekiranya itu yang mereka mahukan. Dalam kes kecemasan, anda perlu mendapatkan bantuan profesional dan menggalakkan rakan anda untuk melakukannya demi diri mereka sendiri.

Beritahu rakan anda jika anda fikir mereka mungkin perlu mendapatkan nasihat profesional melalui anda. Anda perlu memastikan mereka bahawa anda boleh berbincang tentang situasi yang dihadapi mereka dengan organisasi profesional tanpa mendedahkan nama atau butiran diri.

Amat digalakkan untuk menegaskan bahawa mereka mempunyai hak untuk hidup bebas daripada keganasan. Jika mereka mahu pergi ke tempat yang selamat atau perlindungan, sokonglah keputusan mereka dan dapatkan bantuan polis jika rakan anda berada dalam keadaan bahaya.

Ramai yang merasakan bahawa keganasan rumah tangga adalah satu isu peribadi, yang harus diselesaikan secara senyap. Sebaliknya, penderaan domestik adalah satu jenayah yang menjejaskan masyarakat dan ia tidak boleh diterima. Jika anda mengetahui bahawa rakan anda menghadapi keadaan demikian, adalah penting untuk anda cuba memberikan sokongan dan membantu mereka dengan cara yang betul dan terbaik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Bila Ada Kemalangan, Ramai Pilih Untuk ‘Lihat’ Saja Dari Membantu? Ia Kerana Kesan Ini!

    Mungkin tidak ramai yang tahu apa itu bystander effect. Sebenarnya, ia adalah situasi tidak sihat di mana orang lebih gemar menonton berbanding membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/03/2020 . 4 minit bacaan

    Keganasan Dalam Hubungan Boleh Berlaku Pada SESIAPA Saja! Ini 10 Selebriti Hollywood Yang Turut Alaminya

    Selebriti, golongan yang sering dilihat sebagai individu yang bahagia dan gembira. Namun hakikatnya mereka juga terlibat dalam masalah keganasan domestik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/03/2020 . 4 minit bacaan

    Dalam Diam, Suami Juga Boleh Didera Oleh Isteri, Kesannya Boleh Buat BUNUH DIRI!

    Baru-baru ini, terdapat rakaman audio yang menjadi bukti kepada penderaan Amber Heard terhadap suaminya, Johnny Depp. Memang ada ke kes isteri dera suami?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Antarabangsa 09/02/2020 . 4 minit bacaan

    Trauma Atau Kecederaan

    Trauma merujuk kepada kecederaan fizikal serius pada badan yang disebabkan oleh daya luaran. Ketahui lebih lanjut tentangnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/12/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    goncang bayi

    AWAS! Mangsa Keganasan Rumah Tangga Berisiko Mati Akibat Goncangan Kepala

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan
    kesan-penderaan-warga-tua

    Kenapa Warga Tua Semakin Sakit? Ambil Tahu, Mungkin Mereka Didera Secara Fizikal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Jadi Mangsa Dera Sepanjang COVID-19? Jangan Berdiam, Lakukan Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 3 minit bacaan
    kes penderaan

    Stres Akibat PKP, Anak Bini Jadi Mangsa! Sila Ambil Peduli

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/04/2020 . 3 minit bacaan