backup og meta

Apa Itu Gangguan Penyesuaian?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    Apa Itu Gangguan Penyesuaian?

    Gangguan penyesuaian atau gangguan penyelarasan adalah keadaan jangka pendek yang berlaku apabila seseorang individu mengalami kesukaran untuk menghadapi atau menyesuaikan kepada sumber tekanan tertentu, seperti perubahan dalam kehidupan, kehilangan atau sesuatu peristiwa. Pada 2013, sistem diagnostik kesihatan mental secara teknikal menukar nama ‘gangguan penyelarasan’ kepada ‘sindrom tindak balas tekanan’.

    Punca

    Pelbagai kejadian atau peristiwa boleh menyebabkan gangguan ini. Ia melibatkan tekanan kepada semua peringkat umur, termasuklah:

    • Kematian individu yang disayangi
    • Penceraian atau masalah dalam perhubungan
    • Perubahan dalam kehidupan
    • Penyakit atau masalah kesihatan lain dalam diri sendiri atau individu yang disayangi
    • Berpindah rumah atau tempat
    • Bencana
    • Kebimbangan tentang masalah kewangan

    Tekanan pada remaja dan individu dewasa muda mungkin termasuk:

    • Masalah keluarga atau konflik
    • Masalah pembelajaran
    • Isu seksual

    Tidak ada cara untuk meramal individu yang terjejas oleh punca yang sama cenderung untuk mengalami gangguan ini. Kemahiran sosial dan bagaimana anda belajar hadapi tekanan masa lalu memainkan peranan penting.

    Simptom

    Simptom gangguan ini boleh menjejaskan tugasan harian anda atau kehidupan sosial anda. Antara simptomnya:

    • Mencabar atau menunjukkan tingkah laku impulsif
    • Tekanan
    • Menangis, merasa sedih, kecewa, mengasingkan diri dari individu lain
    • Berpeluh, menggigil

    Untuk mendiagnosis sama ada anda mempunyai gangguan ini atau tidak, anda harus mempunyai simptom seperti:

    • Simptom hilang selepas ketegangan, spaling kerap dalam masa 3 bulan
    • Simptom serius dari yang dijangkakan
    • Tidak terdapat gangguan lain yang berkaitan
    • Simptom itu bukan kerana kesedihan kematian individu yang disayangi

    Ada masanya, simptom boleh menjadi bertambah teruk, sehingga timbul keinginan atau cubaan untuk membunuh diri.

    Periksa dan diagnosis

    Pemeriksaan penilaian kesihatan mental akan dilakukan untuk mengenal pasti tingkah laku dan simptom anda. Anda juga boleh dirujuk kepada psikiatri untuk mengenal pasti diagnosis.

    Rawatan

    Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan simptom dan membantu anda untuk kembali kepada tahap aktiviti yang sama sebelum berlakunya tekanan. Kebanyakan profesional kesihatan mental akan mengesyorkan beberapa jenis terapi pertuturan. Ini adalah jenis rawatan yang dapat membantu mengenal pasti atau menukar status tekanan yang anda hadapi dalam hidup anda.

    Terapi Perilaku Kognitif (CBT) adalah sejenis terapi peraturan. Ia membantu menangani emosi anda:

    • Pertama sekali, pakar akan membantu anda mengenal pasti emosi dan pemikiran negatif.
    • Mereka akan mengajar anda untuk mengubah minda menjadi tindakan yang berguna dan sihat.

    Jenis rawatan lain termasuk:

    • Rawatan jangka panjang yang membantu anda mengenali pemikiran dan emosi anda selama sebulan atau lebih
    • Terapi keluarga, iaitu datang berjumpa pakar dengan keluarga
    • Kumpulan bantuan diri, dapatkan sokongan daripada individu lain yang dapat membantu menjadi lebih baik

    Ubatan boleh digunakan, tetapi hanya untuk beberapa jenis terapi bicara. Ubatan ini akan membantu anda, jika:

    • Gementar sekali-sekala atau hampir kebanyakan masa
    • Tidak mendapat tidur yang secukupnya
    • Tekanan atau kesedihan

    Ia boleh membantu untuk mempersiapkan anda menghadapi situasai yang teruk pada masa hadapan. Berfikir secara positif akan dapat membantu. Anda boleh berunding doktor atau pakar terapi untuk membincangkan bagaimana anda boleh mengendalikan tekanan dengan cara yang terbaik.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan