Nak Bersama Malam Ini, Apa Kata Anda Buat 6 Langkah Urutan Sensual Ini Untuk Bangkitkan Kenikmatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Adakah anda cuba untuk membina semula hubungan dengan suami? Jadi, apa kata anda cuba lakukan urutan seksi yang mudah dan menarik ini. Biasanya, ada sesetengah pasangan yang mengabaikan kira-kira 3/4 dari bahagian badan pasangan mereka. 

Sedangkan urutan sensual menjadikan pasangan berpuas hati dengan satu sama lain, mengenal pasti bahagian tubuh pasangan anda yang tidak pernah dirasakan sebagai seksual. Sila baca artikel ini sehingga habis untuk melakukan atau mendapatkan urutan sensual.

Urutan seksi langkah 1: Pilih ruang yang sesuai

seks suami isteri

Untuk berjimak, katil yang lembut adalah pilihan yang terbaik, tetapi ruang urutan yang paling baik adalah keras, rata, dan stabil. Untuk lebih selesa, biarkan suami anda baring di atas tilam keras atau selimut dan letakkan bantal di bawah leher, pergelangan kaki dan lututnya.

Urutan seksi langkah 2: Gunakan minyak.

Selain menjadikan tangan anda lebih panas dan lembut, minyak urut mengurangkan geseran dan menjadikan urutan lebih selesa dan mampu menghilangkan keletihan serta kekejangan otot suami anda.

Minyak wangi membuat pasangan anda mempunyai keinginan seks yang kuat, tetapi wangian yang kuat, seperti nilam, akan membuat sebaliknya. Cuba sesuatu yang mempunyai sedikit aroma seperti melati dan panaskan botolnya di dalam semangkuk air panas.

Urutan seksi langkah 3: Wujudkan suasana yang tenang

hubungan suami isteri

Ikat rambut anda ke belakang dan gunakan pakaian yang ketat untuk mengurangkan gangguan. Bagi mengelakkan suami anda menggigil, letakkan cadar di atas badannya (dedahkan hanya sebahagian badan yang anda sedang urut). Jika anda ingin mainkan muzik, pilih balada atau lagu yang berentak perlahan. 

Langkah 4: Pilih mana-mana tempat

Jika anda tidak mempunyai masa yang banyak, tumpukan perhatian pada satu bahagian tubuhnya sahaja. Ia membolehkan si dia rasa lebih selesa berbanding mengurut seluruh badan. 

Langkah 5: Dapatkan kemahiran

Untuk memberi urutan yang hebat, perkara yang anda perlu tahu hanya beberapa langkah asas:

  1. Mampatan adalah satu pergerakan mudah untuk dilakukan dan berkesan untuk semua bahagian badan. Hanya letakkan satu tangan rata di atas, contohnya bahu kemudian tekan tangan satu lagi di atasnya dan tukar secara perlahan-lahan.
  2. Mengusap adalah berkesan bagi kawasan besar (belakang dan paha) dan kecil (leher dan puncak kaki). Rapatkan  jari anda dan selarikan ibu jari serta tapak tangan sepenuhnya bersentuhan dengan tempat yang anda ingin urut. Kemudian buat pergerakan yang panjang dan lembut. Berikan lebih banyak tekanan apabila melakukannya di bahagian jantung pasangan anda dan kurangkan kekuatan dalam arah yang bertentangan.
  3. Menguli adalah baik untuk kawasan berotot seperti bisep, punggung, dan paha. Hanya angkat dan picit bahagian yang anda urut dengan tapak tangan bersentuh penuh dengan kulit pasangan anda.
  4. Lakukan geseran tanpa minyak untuk melonggarkan otot dalaman. Pegang bahagian yang anda urut dengan satu tangan dan gunakan tangan yang lain untuk menekan dengan lebih mendalam dan sapu minyak. Bagi kawasan yang lebih kecil seperti tapak kaki dan tapak tangan, gunakan hujung jari anda.

Anda boleh gunakan salah satu atau semua langkah ini bersama-sama dalam mana-mana urutan, bergantung kepada apa yang pasangan anda perlu dan bagaimana dia bertindak balas terhadap setiap sentuhan.

Cuba rutin yang mudah ini sebagai permulaan (tetapi sila tambah sentuhan peribadi anda sendiri). Biarkan suami anda pandang ke bawah. 

Letakkan beberapa titik minyak di atas tangan anda dan urut di belakangnya. Seterusnya, uli punggung, paha dan bahagian betis. Kemudian akhiri urutan ini dengan membuat geseran pada tapak kaki. 

Langkah 6: Fokus pada perasaan

seks oral

Urutan anda tidak perlu menjadi terlalu sempurna. Jadi, usah terlalu bimbang dengan teknik yang kami kongsikan ini. 

Kualiti sentuhan anda adalah lebih penting daripada melakukannya dengan betul. Urutan adalah mengenai kehadiran emosi, menyentuh pasangan anda dengan ikhlas dan memberi perhatian terhadap reaksinya sendiri. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Artikel lain untuk anda

urutan batin lelaki

Pernah Dengar Urutan Prostat? Katanya Ada Banyak Manfaat, Bukan Sekadar Bagus Untuk Seks!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan