backup og meta

Ini 3 Perkara Untuk Hangatkan Asmara Anda Malam Ini

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/04/2021

    Ini 3 Perkara Untuk Hangatkan Asmara Anda Malam Ini

    Selepas tempoh yang lama bersama, keinginan seks dalam pasangan boleh berkurang. Ini adalah perkara normal dalam kalangan pasangan yang telah lama bersama. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa tip hubungan kelamin untuk menghangatkan hubungan seksual anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Tip hubungan kelamin hangatkan suasana malam 

    #1. Katil dan tempat-tempat lain dalam rumah

    Kebanyakan wanita menikmati hubungan seks di tempat tidur mereka kerana keselesaan dan rasa nyaman. Dalam erti kata lain, tidak semua orang suka melakukan hubungan kelamin di tempat seperti dapur, ruang tamu, bilik mandi dan sebagainya.

    Pun begitu, melakukan hubungan kelamin di bilik tidur anda tidak bermakna akan menjadi sesi yang membosankan. Anda boleh sentiasa menghangatkan suasana dengan pemilihan pakaian seksi.

    Walau bagaimanapun, jika anda seorang wanita atau lelaki yang sukakan cabaran, atau anda hanya ingin mencuba sesuatu yang baru, jangan merasa malu untuk cuba melakukan hubungan kelamin di tempat lain dan bukannya tempat tidur.

    Hubungan kelamin di tangga atau di lantai dapur akan segera menghangatkan rutin hubungan kelamin anda kerana ia berlaku di tempat-tempat yang sangat spontan.

    #2. Tip hubungan kelamin – Mengenai badan anda

    seks

    Selepas mempunyai anak, sesetengah wanita merasa ragu-ragu untuk melakukan hubungan kelamin, kerana mereka berfikir bahawa badan mereka tidak cukup langsing, tidak seksi, menarik atau cukup ketat.

    Idea-idea yang menghantui mereka, membuat mereka berasa terlalu tidak selesa tentang diri mereka sendiri, dan akhirnya, menghalang mereka daripada menikmati hubungan. Jadi apa yang boleh dilakukan?

  • Tanggalkan pakaian anda, berdiri di depan cermin, dan lihatlah dengan baik. Adakah terdapat bahagian yang membuat anda berasa malu atau tertekan? Jika ada, daripada membenci tubuh anda, mengapa tidak berfikir bahawa bahagian badan yang tidak disukai tersebut mungkin adalah bahagian badan yang paling disukai pasangan anda tentang dirimu. Pemikiran seperti itu boleh meningkatkan mood dan membantu bersedia melakukan hubungan kealmin.
  • Jika anda tetap tidak merasa senang dengan diri sendiri, mengapa tidak cuba untuk menjadi lebih sihat? Pergi ke gim, ambil bahagian dalam aktiviti fizikal, lakukan yoga, atau ambil bahagian dalam apa sahaja yang boleh meningkatkan kesihatan anda, serta imej badan. Percaya atau tidak, walaupun anda tidak turun atau kehilangan sebarang berat badan, anda tetap berasa lebih baik  tentang dirimu. Jadi cubalah!
  • #3. Lakon Peranan

    urutan seksi

    Mencari sesuatu yang baru untuk menghangatkan hubungan anda?

    Tak usah pening lagi, kerana lakon peranan dengan cara meniru sesuatu karakter adalah salah satu cara termudah untuk merangsang hubungan kelamin yang mengujakan.

    Dalam beberapa percubaan pertama, perkara ini mungkin sedikit aneh dan janggal, tetapi itu tidak mengapa. Perkara ini mungkin tidak datang secara semulajadi, kerana memerlukan masa dan latihan untuk membiasakan diri dengan lakonan.

    Jika anda risau terlalu banyak untuk dilakukan, mulakanlah dengan mudah, dengan membeli pakaian seksi atau kostum yang ingin anda lakonkan.

    Di samping itu, jika anda tidak menyedarinya lagi (tetapi kami yakin anda tahu!), lelaki adalah makhluk visual. Mereka lebih cenderung untuk terangsang dengan rangsangan visual berbanding rangsangan mental.

    Lakon peranan akan memberikan suntikan baru kepada hubungan anda kerana ia mengandungi kedua-duanya.

    Seks adalah penting dalam hidup pasangan yang berkahwin. Oleh itu, pastikan anda selalu menghangatkannya supaya sebarang masalah kelamin tidak menjejaskan anda di tempat kerja atau dalam sebarang aktiviti yang dilakukan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan