Jangan Biar Gangguan Seks Ketika Tidur Berterusan, Ini 4 Cara Atasinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Umum mengetahui bahawa seks adalah satu perbuatan normal dan harus dilakukan khususnya buat mereka yang bergelar pasangan suami isteri.

Tanpanya, maka akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan seksual di kamar tidur kalian berdua.

Apa yang menariknya, anda dan pasangan bebas bersenggama dengan pelbagai cara, teknik dan variasi.

Pun begitu, ini semua haruslah dilakukan secara sedar untuk kalian berdua dapat merasai nikmat projek asmara yang dijalankan secara bersama itu.

Kenapa kami kata begini? Ini kerana ada individu yang secara tidak sedar melakukan seks ketika tidur!

Definisi seks ketika tidur

Mungkin ramai yang sudah biasa dengan istilah ‘mengigau’ iaitu perbuatan bercakap, berjalan atau melakukan sesuatu ketika sedang nyenyak tidur.

Untuk pengetahuan anda, ia termasuk di dalam kategori parasomnia – aktiviti tidak normal yang dilakukan oleh individu ketika sedang lena tidur.

Ada satu lagi jenis parasomnia yang lebih membimbangkan iaitu seks ketika tidur atau lebih dikenali sebagai seksomnia kerana ia akan membuat seseorang itu bertindak ganas di luar kawalan secara seksual.

Antara perkara yang akan dilakukan oleh penderita gangguan ini ketika tidur termasuklah melancap, melakukan penetrasi zakar ke dalam faraj bersama pasangan atau lebih membimbangkan iaitu merogol.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Toronto Western Hospital di Canada terhadap 832 individu, didapati bahawa 62 orang atau 7.6% daripada jumlah itu mengalami seksomnia.

Apa punca ia berlaku agaknya?

tidur

Punca sebenar seksomnia

Sehingga kini, punca sebenar gangguan seksomnia masih belum dapat ditentukan dengan tepat dan masih menjadi sebuah misteri.

Pun begitu, mungkin terdapat beberapa petunjuk atau petanda berdasarkan penelitian terhadap kes yang pernah terjadi sebelum ini.

Berikut adalah pencetus seksomnia yang diperkatakan:

  • Pernah mengalami gangguan seksomnia
  • Mengalami gangguan parasomnia yang lain
  • Mengalami gangguan tidur seperti obstructive sleep apnea (OSA) atau restless legs syndrome (RLS)
  • Tidur kurang kuantiti dan kualiti
  • Kecederaan pada bahagian otak
  • Menghidapi migrain
  • Penyalahgunaan dadah
  • Pengambilan ubat tidur
  • Kepenatan
  • Kegelisahan
  • Trauma
  • Depresi

Menurut Toronto Western Hospital di Canada lagi, golongan lelaki adalah lebih berisiko mengalami seksomnia berbanding wanita.

Sekiranya anda mengesyaki diri mengalami kondisi ini, maka segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi dan rawatan lanjutan.

seks

Bagaimana untuk elak seks ketika tidur?

Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda tahu bagaimana hendak elak seks ketika tidur berulang kembali.

Berikut adalah caranya:

#1. Merawat gangguan tidur yang dialami

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, seksomnia didalangi oleh gangguan tidur yang lain seperti OSA dan RLS.

Dalam usaha untuk mengelak ia berlaku, adalah lebih baik untuk penderita merawat gangguan tidur terlebih dahulu.

Caranya adalah dengan berjumpa doktor dan dapatkan pandangan mereka untuk menggunakan mesin continuous positive airway pressure (CPAP).

#2. Mengambil ubatan tertentu

Selain cara yang kami nyatakan di atas, kondisi gangguan tidur serta pelbagai lagi pencetus seksomnia lain mungkin boleh diubati dengan mengambil ubatan tertentu.

Antara ubatan yang mungkin akan dicadangkan oleh doktor adalah ubat penenang untuk memudahkan dan melancarkan tidur yang lebih berkuantiti dan berkualiti.

Pun begitu, pastikan kalian berjumpa doktor terlebih dahulu ya?

seks

#3. Mengubah cara tidur

Hakikatnya, seksomnia bukan sahaja akan mengganggu diri anda malahan orang sekeliling juga terutamanya pasangan hidup anda.

Bayangkan, pasangan anda yang tidur sekatil dengan anda tentu sahaja akan terkeliru dan terkesan dengan gangguan yang anda alami ini.

Disebabkan itu, cara terbaik untuk merawat seksomnia adalah dengan mengubah cara tidur. Bagaimana?

Anda mungkin boleh cuba untuk tidur berasingan dan berseorangan pada waktu malam.

Ini bertujuan untuk mengelakkan penderita mencederakan individu yang tidur bersamanya.

Sampai bila? Ia haruslah dirujuk kepada pakar terlebih dahulu.

#4. Kaunseling

Akhir sekali, jangan pula anda berasa segan atau takut untuk berjumpa dengan pakar psikiatri untuk merawat seksomnia.

Ketahuilah bahawa gangguan seks ketika tidur ini juga mungkin disebabkan oleh kecelaruan emosi atau penyakit mental yang anda alami.

Oleh itu, jalanilah sesi kaunseling untuk mendapatkan konsultasi bersama pakar dalam usaha menyembuhkan kecelaruan yang wujud.

Dengan 4 cara ini, maka gangguan seksomnia mungkin tidak akan berulang kembali!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Ayah, Ini Tingkah Laku Seksual Yang TIDAK PATUT Ada Pada Anak Anda, Sila Perhatikan!

Perkembangan seksual antara aspek tumbesaran yang sukar untuk dikendalikan ibu bapa. Lebih membimbangkan andai wujud tingkah laku anak yang tidak sepatutnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Anda Seorang Yang Aktif Berhubungan Seksual? Jangan Sorokkan Ia Daripada Doktor Ya!

Ramai individu yang menyorokkan hubungan kelamin suami isteri daripada doktor mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus. Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Siapa Lebih Ghairah Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Dapatan Kajian Ini Ada Jawapannya…

Nafsu syahwat siapa yang lebih besar di antara lelaki dan wanita? Jom klik artikel ini untuk baca kajian dan huraian mengenai jawapan soalan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/08/2020 . 3 minit bacaan

Bagaimana Hubungan Suami Isteri Jika Wanita Alami Kecederaan Saraf Tunjang? Ini Caranya!

Kecederaan saraf tunjang adalah sesuatu yang sangat malang. Sekiranya ia berlaku, apakah kesannya terhadap kehidupan seks wanita? Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

apa itu herpes

Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
waktu tidur

Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
sakit kepala berdenyut

Sedang Hangat Beraksi, Tiba-tiba Sakit Kepala Berdenyut? Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
tekanan seksual

Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan