Dr. How Kang Nien

Dermatologi · Hello Health Group

Profil

Dr How Kang Nien adalah seorang Perunding Dermatologi, Perunding Perubatan Dalaman dan Pensyarah Perubatan Kanan yang kini berkhidmat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM). Pada masa ini, beliau dilantik sebagai Ketua Unit Dermatologi di HPUPM. Selain itu, Dr How Kang Nien juga merupakan seorang pakar perunding pelawat dermatologi di Hospital Tung Shin dan Sungai Long Specialist Hospital.

Dr How Kang Nien memperoleh ijazah pertamanya dalam bidang perubatan (MBBS) dari Universiti Malaya dan kemudiannya dianugerahkan keahlian Royal Colleague of Physician (UK). Beliau kemudiannya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang ketika melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Lanjutan Dermatologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang melayakkan dirinya diperakui sebagai pakar dermatologi yang bertauliah.

Sepanjang kariernya sebagai seorang pakar dermotologi, Dr How Kang Nien juga telah berjaya memperoleh banyak geran penyelidikan nasional dan industri. Dr How telah menerbitkan banyak artikel ilmiah dalam jurnal terindeks. Dr How juga telah menyelia sejumlah pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda, sarjana perubatan dalaman, dan pelajar PhD.

Dr How mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sains kosmetik dan penjagaan diri, dermatitis kontak, jerawat, ekzema atopik, laser dan fotobiologi,

 

Kelulusan

UNIVERSITI DAN IJAZAH

  • Ijazah Perubatan (MBBS)

    Universiti Malaya

  • Ijazah Sarjana Lanjutan Dermatologi

    Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGALAMAN

  • Perunding Dermatologi, Perunding Perubatan Dalaman dan Pensyarah Perubatan Kanan

    Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)

  • Ketua Unit Dermatologi

    Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)

  • Pakar Perunding Pelawat Dermatologi

    Hospital Tung Shin

  • Pakar Perunding Pelawat Dermatologi

    Sungai Long Specialist Hospital

ANUGERAH

  • Keahlian Royal Colleague of Physician (UK)

  • Geran penyelidikan nasional dan industri

Artikel Pakar Terbaru