Topeng Muka N95 atau Surgical Mask – Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Coronavirus? 

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pemakaian topeng antara cara mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Tetapi topeng muka 95 berkesan ke? Atau terdapat jenis face mask lain yang lebih baik?

Statistik COVID-19 di Malaysia seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

165,371

Disahkan

9,196

Sembuh

619

Kes Kematian
Peta sebaran

Jenis face mask

Sejak heboh berita tentang novel coronavirus ini, ramai individu mula memikirkan langkah-langkah persediaan kesihatan yang perlu diambil.

Ada yang kerap menggunakan hand sanitizer, dan semakin ramai juga mula memakai topeng muka apabila berada di tempat awam.

Tapi persoalan mula timbul, adakah topeng muka biasa atau juga disebut surgical mask berkesan dalam mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus? 

Adakah terdapat jenis topeng muka yang lebih berkesan berbanding surgical mask ini? Mari kami terangkan kepada anda melalui artikel di bawah ini. 

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Saiz coronavirus yang mungkin anda tidak tahu

Sekitar tahun 2002 dan 2003, wabak SARS telah melanda dunia, yang bermula di China. Wabak ini disebabkan oleh sejenis coronavirus, sama seperti novel coronavirus dari Wuhan.

Akan tetapi, saiz bagi SARS coronavirus ini hanyalah sebesar 100 nanometer. 

Virus flu pula bersaiz antara 80 hingga 120 nanometer. Walaupun saiz novel coronavirus dari Wuhan ini tidak lagi diketahui, saiz coronavirus manusia biasanya adalah sebesar 125 nanometer. 

https://hellodoktor.com/ms/coronavirus/covid19/virus-novel-korona-demam/

Kesemua jenis virus ini adalah sangat kecil dan virus-virus ini sebenarnya boleh melepasi halangan seperti surgical mask yang anda pakai. 

Surgical mask atau topeng muka 95?

Surgical mask mungkin melindungi anda daripada titisan pernafasan yang besar seperti cecair akibat bersin atau kahak akibat batuk, namun ia sememangnya tidak memberikan perlindungan terhadap titisan kecil dalam udara

Menurut Center for Disease Control and Prevention (CDC), surgical mask tidak dianggap sebagai satu perlindungan terhadap pernafasan memandangkan ia tidak menapis partikel dalam udara yang lebih kecil. 

Oleh itu, ia sememangnya tidak berkesan dalam mengelakkan jangkitan coronavirus. Ia hanya berfungsi untuk mengelakkan anda dari menyebarkan kuman kepada individu lain ketika anda sakit.

Artikel berkaitan:

8 Soalan Bermain Di Fikiran Tentang COVID-19 Yang Anda WAJIB Tahu – Jangan Panik!

Tambahan lagi, surgical mask hanya boleh dipakai sekali guna sahaja kerana ia tidak direka untuk penggunaan berulang kali.

Pemakaian topeng muka 95 pula bergantung jika anda adalah seorang ahli perubatan yang terlibat dengan tugas mengendalikan pesakit yang dijangkiti.

CDC menggalakkan pekerja kesihatan seperti doktor memakai topeng muka jenis ini sekiranya mereka terlibat dengan pesakit yang dijangkiti novel coronavirus. 

Walau bagaimanapun, topeng muka ini bukanlah sejenis alat yang benar-benar kebal daripada serangan coronavirus. 

Mengapa topeng muka 95?

jenis face mask

Anda tahu mengapa nama yang diberikan kepada topeng ini ialah N95? 

Ini kerana sekiranya pemakai memakai topeng muka ini dengan betul, ia memberikan perlindungan sebanyak 95% kepada si pemakai. Ia boleh menapis partikel halus sehingga saiz 0.3 mikron. 

Selain itu, ia tidak sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan juga individu yang memiliki bulu pada wajah.

Untuk lebih jelas, lihat perbezaan antara kedua-dua jenis topeng muka melalui jadual di bawah ini:

Surgical MaskTopeng muka 95
Ujian dan kelulusanDisahkan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA)Dinilai, diuji dan diluluskan oleh NIOSH U.S  
Kegunaan Lindungi tubuh daripada dimasuki titisan besar atau cecair berbahaya. Elak penyebaran kuman kepada individu lainKurangkan pendedahan kepada partikel halus yang berada dalam udara
Fitting LonggarKetat
Penapisan Kurang perlindungan terhadap partikel udara yang lebih kecilMenapis sekurang-kurangnya 95% partikel udara termasuklah partikel yang kecil dan besar
Kebocoran Kebocoran akan berlaku di sekitar hujung topeng apabila pemakainya menghirup udaraJika dipakai dengan fitting yang betul, hanya berlaku kebocoran yang kecil di sekitar hujung topeng
Had penggunaanPakai buangPaling ideal digunakan hanya sekali bagi setiap kali penggunaan. Ia juga patut dibuang apabila ia telah rosak, tidak berfungsi dengan berkesan, kotor, basah, sukar bernafas apabila menggunakannya, dicemari dengan darah atau cecair pernafasan

Cara memakai topeng muka yang betul

topeng muka

  1. Sebaiknya, cuci tangan anda terlebih dulu dengan air dan sabun atau hand sanitizer.
  2. Pastikan topeng muka yang ingin dipakai dalam keadaan baik dan tidak terdapat sebarang koyakan atau kebocoran.
  3. Pastikan kedudukan topeng dalam keadaan betul. Sisi yang mengandungi jalur besi halus perlu berada di bahagian atas bagi menutup atas hidung dengan kemas apabila dibengkokkan.
  4. Sisi yang berwarna perlu berada di bahagian luar, manakala sisi yang berwarna putih pula di bahagian dalam.
  5. Sangkutkan pada telinga anda jika ia adalah topeng jenis sangkutan pada telinga. Ikat pada belakang kepala anda jika ia adalah topeng jenis ikatan.
  6. Bentukkan jalur besi topeng yang berada pada bahagian atas hidung mengikut bentuk hidung anda. 
  7. Tarik bahagian bawah topeng muka ke bawah bagi menutupi mulut dan dagu anda.
  8. Gunakan topeng muka hanya untuk sekali penggunaan sahaja. Buang setelah digunakan.

Inti pati yang boleh anda ambil

Jika anda berjalan-jalan di luar rumah dengan menggunakan surgical mask, ia tidaklah benar-benar memberikan perlindungan kepada anda.

Walau bagaimanapun, dalam situasi di mana anda terdedah dengan risiko jangkitan yang tinggi, jenis face mask ini boleh membantu anda mengurangkan risiko.

Kami tidak mengatakan bahawa pemakaian topeng muka 95 tidak akan memberikan sebarang manfaat perlindungan, tetapi anda perlu tahu ia tidak akan memberikan jaminan 100% perlindungan kepada anda terhadap sebarang jangkitan virus. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

Anda mungkin berminat untuk baca artikel ini:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

    Penggunaan penutup mulut dan hidung amat penting bagi memerangi wabak koronavirus. Kini, ramai yang guna pelindung muka. Jadi, mana satukah yang lebih elok?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 17/11/2020 . 3 minit bacaan

    GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

    Tahukah anda, kajian terbaharu menyatakan bahawa diabetes anak atau diabetes kanak-kanak ini boleh berlaku disebabkan jangkitan virus COVID-19?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 1, Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Kita semua tahu bahawa suhu badan manusia perlu diperiksa sebelum masuk sesuatu tempat angkara COVID-19. Selain di dahi, bolehkah scan di tangan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 08/10/2020 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus korona

    Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    vaksin virus

    Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
    virus korona baharu

    Sudah Diluluskan! Tak Perlu Ke Hospital, Periksa COVID-19 Di Rumah Saja, Bila Boleh Mula?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 09/12/2020 . 3 minit bacaan
    pilihan raya umum

    Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 4 minit bacaan