Hi doktor saya nk tnya kenapa saya kerap berak berdarah ye? Banyak darah tapi tkde luka
Tips mengatasi anak “Picky Eaters”
Pemakanan yang baik adalah penting untuk kanak-kanak untuk membantu mereka membesar dengan sihat dan kuat. Pemilihan makanan boleh melambatkan pertumbuhan jika anak anda tidak mendapat cukup nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan.
Cuba pelbagai rasa dan tekstur
Memberi anak anda makanan dengan pelbagai rasa dan tekstur yang berbeza boleh membantu mereka belajar menerima dan menyukai pelbagai jenis makanan. Anak mungkin tidak suka makan sayur-sayuran yang direbus, ibu bapa boleh menggunakan cara air fry untuk "menggoreng" sayur-sayuran. Sayur-sayuran air fry akan mempunyai tekstur yang sama seperti kerepek dan akan lebih menarik perhatian si kecil.
Menjadi contoh yang baik
Buat pilihan yang sihat semasa makan bersama keluarga. Kajian menunjukkan keluarga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi anak membuat pilihan makanan. Jadi, kalau ibu bapa sendiri selalu yang tak makan sayur-sayuran dan asyik makan makanan yang bergoreng, anak memang akan dipengaruhi sedikit demi sedikit dan menjadi "copycat" yang meniru tabiat pemakanan ibu bapa mereka.
Kurangkan gangguan semasa waktu makan
Kurangkan gangguan media seperti TV atau telefon bimbit pada waktu makan. Ibu bapa boleh mengunakan masa ini untuk memodelkan pemakanan yang sihat.
Menarikkan visual makanan
Jadikan makanan menyeronokkan dan menarik. Kanak-kanak akan lebih tertarik untuk mencuba makanan yang disusun dengan cara yang menarik dan kreatif. Anak juga lebih tertarik kepada makanan yang berwarna-warni dan dipotong kepada bentuk yang unik. Makanan jari juga antara makanan kegemaran kanak-kanak. Tambahkan sayur-sayuran cincang yang berwarna-warni seperti lobak merah, kubis ungu, tomato cheri di atas piza atau dalam sup; atau gunakan pemotong biskut bentuk yang berbeza untuk membuat sayur-sayuran atau buah-buahan menjadi bentuk yang khas seperti bentuk bintang atau bentuk arnab.
Melibatkan anak dalam perancangan makanan
Apabila anda melibatkan anak-anak anda dalam perancangan makanan, membeli-belah dan penyediaan, ia boleh menjadikan mereka lebih berminat untuk makan makanan yang sihat.
Mengerapkan waktu makanan
Rutin snek yang kerap boleh menjadikan kanak-kanak lebih cenderung untuk mencuba makanan baharu. Hidangkan bahagian kecil untuk mengelakkan anak berasa terlalu beban terutamanya apabila mencuba makanan baru.
Jangan tergesa-gesa
Salah satu kesilapan yang biasa ibu bapa lakukan ialah memaksa anak-anak mereka makan secara sihat. Cuba hidangkan makanan yang tidak dikenali, atau perisa yang mungkin tidak disukai oleh anak anda (seperti sayur-sayuran dan perisa masam dan pahit), dengan makanan atau perisa yang dikenali dan biasa disukai oleh kanak-kanak kecil (seperti makanan yang manis dan masin).
Akhirnya, ketika memperkenalkan makanan yang baharu, ibu bapa boleh menghidangkan makanan dengan porsi yang lebih kecil apabila memperkenalkan makanan baharu. Dan secara beransur-ansur beralih ke porsi yang lebih besar. apabila anak anda lebih mula biasa dengan makanan tersebut.
Jika masalah cerewet makan berterusan, anda boleh bekerjasama dengan pakar pemakanan anda dan semak dengan doktor sama ada anak anda terdapat sebarang simptom kekurangan zat makanan.
Disediakan oleh Sylvia Ho (pakar pemakanan)
1 komen
Terkini
Hai doktor saya ada anak umur 7 tahun,ada masalah kulit,mula2 ada tumbuh merah2 seperti gigit nyamuk,lepas tu boleh merah di sekeliling bekas tu dan bernanah..kenapa boleh mcm tu dan apa ubat atau solution.