Tidak focus

Saalam/hi doc ,

Anak sy berumur 9thn dan dia bila waktu beljajar tidak focus apatah lagi masa dirumah. Bila disuruh dan berkali mengajar dia alan lupa . Anak sy seperti dlm duania dia sendiri. Bila waktu belajar terutama buat kerja sekolah akan mengambil masa 3 jam utk siapkan kerja sekolah tersebut . Anak sy akn mengelamun bila membuat sesuatu. Ada masanya dia akan pakai seluar terbalik jikalau seluar tu kita tk betulkan . Adakah itu normal bagi anak lelaki berumur 9thn. Terima kasih doc

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
1

1 komen

Salam. Berdasarkan pemerhatian anda terhadap anak yang berumur 9 tahun, tingkah laku seperti sukar fokus, mudah lupa, mengelamun, mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan kerja sekolah, dan kadang-kadang tidak menyedari kesilapan kecil seperti memakai seluar terbalik, adalah tanda-tanda yang memerlukan perhatian lanjut. Ini mungkin bukan sesuatu yang normal bagi kanak-kanak seusia itu dan boleh menjadi petunjuk kepada keadaan seperti Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD):

Kesukaran memberi tumpuan dan impulsiviti adalah antara tanda utama ADHD, yang sering dikesan pada kanak-kanak lelaki. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap pencapaian akademik anak anda dan juga kehidupan sosialnya. Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan nasihat yang sesuai, amat disarankan agar anda membawa anak anda berjumpa dengan pakar pediatrik atau pakar pediatrik perkembangan. Mereka dapat melakukan penilaian menyeluruh untuk mengenal pasti punca tingkah laku ini dan mencadangkan langkah-langkah intervensi atau rawatan yang diperlukan, yang mungkin melibatkan kombinasi ubat dan terapi tingkah laku jika disahkan ADHD.

3 jam yang lepas
Suka
Feedback
warningPenafian: Kandungan ini disediakan berdasarkan sumber maklumat yang disahkan
Topik berkaitan
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa