Hi doktor saya nk tnya kenapa saya kerap berak berdarah ye? Banyak darah tapi tkde luka
Tanda-tanda kekurangan protein di kalangan kanak-kanak
Selalu je kita cakap tentang protein. Kenapa protein begitu penting untuk penumbesaran kanak-kanak dan apakah akibatnya kalau kekurangan protein? Marilah kita lihat.
Tanda kekurangan protein:
#1 Pertumbuhan terbantut
Pertamanya, anak anda kelihatan lebih kecil jika dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya. Protein adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kekurangan protein boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut dan perkembangan yang lemah.
#2 Sering jatuh sakit
Protein juga penting untuk sistem imunisasi yang lebih kuat. Kekurangan protein boleh menyebabkan sistem imun yang lemah dan peningkatan risiko terhadap jangkitan.
#3 Penyembuhan luka yang lambat
Protein penting untuk pembentukan tisu baru dan penyembuhan luka. Kekurangan protein boleh melambatkan penyembuhan luka pada kanak-kanak.
#4 Rambut dan kuku yang rapuh
Protein juga penting untuk rambut dan kulit yang sihat. Kanak-kanak yang kekurangan protein mungkin mengalami masalah rambut kering, rapuh dan kulit seperti ruam dan kulit mengelupas.
#5 Hilang konsentrasi dan keletihan
Protein diperlukan untuk penghasilan tenaga dalam badan. Kanak-kanak yang kekurangan protein mungkin mengalami keletihan dan kekurangan tenaga. Kekurangan tenaga juga akan menyebabkan anak anda hilang tumpuan, dan ini mungkin akan menjejaskan prestasi akademik mereka.
#6 Badan bengkak/ oedema
Kekurangan protein boleh menyebabkan badan mengekalkan cecair, yang boleh menyebabkan perut atau kaki bengkak.
Jika anak anda tidak mendapat protein yang mencukupi, ia boleh membawa kepada kesan sampingan yang lebih serius. Makronutrien ini sangat penting untuk kanak-kanak kerana mempengaruhi penumbesaran seluruh badan dari otot ke pertumbuhan otak, oleh itu memenuhi pengambilan protein harian yang disasarkan adalah penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Disediakan oleh: Sylvia Ho (pakar pemakanan)
0 komen
Terkini