🔥 Diskusi Terhangat

Sakit Tulang Belakang Bahagian Bawah

Assalamualaikum doktor, nama saya Nazirah. Sebelum ni tidak pernah mengalami masalah sakit tulang belakang tetapi sejak saya berdiri dalam keadaan membongkok untuk mencangkul tanah, tiba-tiba seperti tulang belakang bahagian bawah tertekan ke dalam dan bila saya ingin cuba berdiri tegak terasa sakit seolah-olah badan tidak boleh lurus serta sakit badan apabila hendak toleh ke kanan. Apa yang patut saya lakukan untuk menghilangkan sakit belakang badan, doktor?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
10
2
1

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Untuk makluman anda, sakit belakang boleh berpunca daripada banyak perkara seperti :

  • Postur badan yang tidak betul
  • Kecederaan pada bahagian tersebut
  • Keradangan sendi tulang belakang
  • Prolapsed intervertebral disc
  • Scoliosis atau kyphosis tulang

Selain mengambil ubat, anda boleh mengurangkan sakit belakang anda dengan melakukan aktiviti regangan badan (stretching), kekal aktif dan menjalani fisioterapi.

Anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan bantuan lanjut. Baca selanjutnya di: https://hellodoktor.com/penyakit-muskuloskeletal/sakit-otot/sakit-bahagian-bawah-belakang/

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa