🔥 Diskusi Terhangat

Sakit

Hello doktor,

sebulan lepas saya ada mengangkat barang berat, seminggu selepas tu saya mengalami sakit belakang sehingga saya demam 1 hari. sebelum demam, malam sebelum tu belakang saya terasa panas. dan ada 1 malam saya terjaga pinggang saya rasa sangat sakit. dan sekarang setiap kali saya mengangkat benda berat, duduk terlalu lama belakang saya akan rasa sakit. ada satu hari tu, tiba tiba saya rasa sakit untuk tarik nafas lebih kurang dalam seminit. setiap kali sakit saya hanya telan ubat tahan sakit. adakah sakit belakang saya ni hanya sementara atau saya perlukan rawatan selanjutnya. mohon pencerahan, terima kasih.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
8

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa