Pemakanan baby bawah 12 bulan
Hello doktor, boleh terangkan kenapa baby 12 bulan tidak boleh diberikan garam dan gula dalam makanan
Hello doktor, boleh terangkan kenapa baby 12 bulan tidak boleh diberikan garam dan gula dalam makanan
1 komen
Terkini
Anda kini sudah boleh turut serta dengan membuat kiriman, mengomen dan mengundi.
Dapatkan nasihat daripada Doktor, Pakar dan Duta Komuniti
Kongsikan pengalaman anda dengan orang lain yang perlu nasihat
Aktifkan diri dan jadi Duta Komuniti dengan kutip mata.
Untuk garam, buah pinggang bayi masih belum matang dan tidak dapat memproses kandungan garam yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan boleh membebankan dan merosakkan fungsi buah pinggang mereka. Bayi hanya memerlukan kurang dari 1 gram garam (0.4 gram sodium) sehari sehingga usia setahun, yang sudah cukup diperoleh dari susu ibu atau susu formula. Makanan tinggi sodium seperti kicap, biskut, keropok, dan sos perlu dielakkan. Manakala untuk gula, ia boleh menyebabkan kerosakan gigi pada bayi. Selain itu, gula tidak memberikan manfaat nutrisi yang diperlukan dan boleh menyebabkan bayi cerewet dalam pemakanan. Madu juga dilarang untuk bayi di bawah 12 bulan bukan sahaja kerana kandungan gulanya yang tinggi, tetapi juga risiko botulisme. Sebaiknya, makanan bayi harus semula jadi, dimasak sepenuhnya, dan tanpa banyak bahan perasa tambahan seperti garam dan gula. Ibu bapa disarankan untuk menyediakan makanan sendiri dan memeriksa label produk untuk menghindari garam dan gula berlebihan.
Topik berkaitan