Luka kecil dan simptom pelik
Assalamualaikum doktor...
Saya seorang remaja (dibawah 17 tahun) saya ingin minta tolong kerana saya tidak pasti apa perlu dibuat, saya harap doktor boleh bantu saya.
31 Mac saya terpijak tulang kotor sebelum ini digigit kucing tapi bila saya bersihkan guna sabun hampir tiada darah yang keluar dan darah seolah-olah beku di kulit.
Seminggu kemudian (7 April)
Hujan lebat, saya mula rasa sakit bahagian kepala dan gelisah secara tiba-tiba saya mengalami kekejangan pada pipi dan bibir kedalam sehingga rasa tegang pada bahagian lain.
Saya selepas mengalami kekejangan itu, saya mula susah senyum dan buka mulut luas, hampir 48 jam, saya hanya boleh masukkan 1-2 jari sahaja apabila saya masukkan sampai 3 jari mulut tiba-tiba rasa ingin tertutup dan saya tergigit jari sendiri.
Saya ingin menggosok gigi, apabila ubat gigi mula berbuih dan masuk ke mulut, saya bersihkan gigi guna berus ke gigi lebih dalam secara tiba-tiba saya tergigit berus itu dengan kuat sehingga susah dilepaskan, saya cuba tarik tapi tidak berjaya, ia terlepas apabila saya tarik sekali lagi, ia sering berlaku padahal sebelum terpijak tulang saya tidak mengalami ini.
Badan saya tersentak sentak kadang dengan kuat sehingga saya mengalami kekejangan otot mengeluarkan bunyi agresif seperti anjing menggonggong tapi saya sedar sepenuhnya.
Apa saya perlu buat doktor? 9 April (sekarang) ia masih berlaku apabila saya sedang makan secara tiba-tiba saya menggigit lidi sehingga lidi itu berbunyi seperti mahu patah apabila saya cuba tarik.
Saya masih dapat membuka mulut sedikit untuk mengunyah makanan yang lembut asalkan tiada lidi atau benda keras kerana ia sering buat saya tergigit secara tiba-tiba.
Saya sering terpaksa minum melalui celah gigi tanpa membuka mulut tapi kadang terbatuk semasa atau selepas minum melalui celah gigi tanpa buka mulut.
Saya ada informasi mungkin berguna untuk ini, saya terlepas vaksin 2 kali, umur 12 dan 13 tahun, sekarang saya hampir umur 15 tahun. Saya sangat terseksa dengan simptom ini sentiasa menganggu saya. Luka itu berbentuk kecil, tiada muncul nanah atau memerah di kulit tapi luka itu berbentuk bulat dan berwarna seperti coklat.
Saya sempat buat ujian kaku kuduk sendiri tanpa tekanan luar, hasilnya saya tidak dapat bertahan walaupun dagu belum sampai dada dalam 2-3 saat saya terus loya, saya sangka ia salah cara tapi saya cuba berkali-kali hasilnya sama. Terima kasih

















