🔥 Diskusi Terhangat

Ketulan daging merah diantara kemaluan anak

Assalamualaikum. Saya ada anak saudara perempuan berumur 2tahun. Tadi anak saudara saya menangis apabila ibunya nak cuci najis. apabila diperiksa didapati terdapat ketulan daging lebih kurang 2cm pada bahagian tengah antara kemaluan faraj dengan duburnya. Apakah masalah itu ya. Apabila dicuit dia menangis. Mungkin terasa sakit. Tolong bantu. Petang ini mereka akan bawa anaknya keklinik. TQ.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
229
1
4

4 komen

sama anak saya pun..kenapa ye doc?

1 tahun yang lepas
Suka
Balas

hi sis, bayi perempuan saya berumur hampir 10 bulan pun mengalami masalah yang sama. bulan lepas baru bawa checkup klinik kesihatan dan doctor referkan ke doc pakar bedah GH. masalahnya setiap kali buang air besar samada keras atau cair, bayi akan menangis tahan sakit. temujanji pakar pula lagi setengah bulan. saya pun buntu. mungkin sis juga boleh share jika sebarang rawatan susulan diterima ya. ketulan daging lebih itu agak pejal dan bila bersihkan najis bayi akan menangis mungkin sebab menahan sakit.

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
@Nurliyana Abdul Majeed

Sekarang anak dah 2.5 tahun..so far skin tag/lebihan daging tu hilang bila dia makin besar..doc ckp kulit tu akan hilang bila kulit makin meregang.alhamdulillah dah ok..cuma still sekarang anak tetap sembelit maybe asbab susu..saya baru tukar susu dan nampak ada improvement..inshaaAllah skin tag kemaluan tu bersifat sementara..anak membesar nanti dia hilang.itu yg doc pakar bg tau

6 bulan yang lepas
Suka
Balas
@Ummi Sha

Anak saya pun baru jadi mcm tu. Doc bg ubat and just ckp luka. Tp saya xnampak sebarang recovery pun. Ank puan mcmana ya


6 bulan yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa