🔥 Diskusi Terhangat

Kenapa bayi 5 bulan kerap kembung

Doktor saya ingin bertanya berkenaan anak saya yang kerap mengalami kembung ketika memasuki usia 5 bulan. Sebelum ini pada usia anak saya memasuki 3 bulan anak saya sudah sangat jarang mengalami kembung perut namun setelah dia memasuki usia 4 bulan dia mula kembung perut kembali dan ia jadi lebih kerap pada usia 5 bulan terutama pada waktu malam sehingga sangat menjejas waktu tidur kami sebagai ibu bapa. Bayi saya akan sering terjaga dan menangis sejam sekali pada waktu malam kerana perut mengeras dan saya akan menyapu minyak untuk mengeluarkan angin. Apakah puncanya, adakah kerana susu formula, yg saya guna tiba tiba tidak sesuai? Dan adakah ini normal bagi bayi 5 bulan?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
12
1
3

3 komen

Hi Puan,


Saya ada beberapa tip yang mungkin boleh bantu puan atasi masalah kembung perut bayi. Puan boleh cuba:


  1. Buat anak sendawa selepas makan. Selepas menyusu, pastikan anak dapat sendawa untuk melepaskan gas yang terperangkap dalam perut. Jika anak sukar sendawa, uba urut perut mereka.
  2. Pantau pemakanan anda. Kadangkala, anak kerap sakit perut disebabkan pemakanan. Tetapi, bukan pemakanan anak sahaja, pemakanan ibu yang menyusukan anak juga boleh memainkan peranan. Jadi, elakkan ambil makanan yang boleh menyebabkan perut bergas.
  3. Periksa botol susu anak. Kadangkala, anak 'menelan angin' tanpa sedar disebabkan puting botol susu yang mungkin terlalu besar. Jika anak menyusu menggunakan botol, mereka akan mengambil masa dalam 20 minit untuk menghabiskan sebotol susu.
  4. Betulkan posisi anak ketika menyusu. Pastikan kepala anak lebih tinggi dari perut untuk elakkan masalah perut kembung.


Moga membantu!

2 tahun yang lepas
Suka
Balas

Puan juga boleh rujuk artikel ni untuk tahu cara umum merawatnya: https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/perut-kembung-bahayanya-kepada-bayi/

2 tahun yang lepas
Suka
Balas

Hello Puan.


Sebenarnya kalau diikutkan, ia adalah normal untuk si kecil mengalami masalah perut kembung, walaupun kepada yang fully breastfeed.


Kemungkinan susu formula yang digunakan tidak bersesuaian dengan si kecil.

Saya sarankan puan untuk cuba menukar kepada susu formula jenama lain terlebih dahulu.


Puan juga boleh mencuba petua yang dikongsikan dalam artikel ini,

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/punca-bayi-kembung-perut/




2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa