🔥 Diskusi Terhangat

G6PD(zat besi)

Hello doc,boleh saya tahu anak saya ada G6PD.Anak saya sepenuhnya minum susu formula.Sebelum ni,anak saya minum susu dupro dan dutch baby tapi anak saya cirit birit,berak paling sikit 4kali sehari.Bila saya tukar susu ke lactogen,berak dah okey.sehari sekali atau 2.Masalahnya susu formula lactogen ada zat besi,anak saya ada G6PD boleh ke dia teruskan minum susu lactogen ni?

0
2 komen

2 komen

Salam Puan s.n. najihah,


Terima kasih atas soalan puan. Untuk pengetahuan puan berdasarkan kajian, ia adalah selamat untuk bayi yang mempunyai G6PD deficiency untuk mengambil zat besi tetapi pengambilan makanan dan supplemen yang mengandungi zat besi harus mendapat rujukan pakar secara terus terlebih dahulu kerana zat besi hanya sepatutnya diberikan apabila disahkan bahawa kekurangan zat besi adalah punca kepada anemia. Untuk produk susu, susu yang mengandungi soya adalah tidak digalakkan sama sekali untuk diberikan kepada bayi.

Di sini saya ingin kongsikan satu artikel tentang pantang

larang untuk G6PD deficiency. Sila klik link di bawah :

Penghidap G6PD Perlu Patuhi 9 Pantang Larang, Terutama Elak Kekacang Jenis Ini!

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
@Nurul Jamaludin

wslm doc,maknanya saya kena tukar susu ke doc?Saya tak tahu nak rujuk pakar kat mana?maksud doc,saya kena pergi hospital ke?Sebelum ni,saya ada bagi susu yang mangandungi soya.Anak saya pun alhamdulillah aktif macam biasa.Maaf doc,saya masih keliru tentang G6PD ni walaupun saya baca tentang G6PD.Boleh doc candangkan susu apa yang patut saya bagi?

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa