🔥 Diskusi Terhangat

Anak umur 1 tahun 8 bulan cirit birit tak berhenti

anak saya dah cirit birit lebih dua minggu. minggu pertama pergi klinik swasta, doctor bagi ORS dan check darah. Result ada kuman dalam darah.


miinggu kedua, masih lagi cirit birit. keluar spot darah & demam. bawa anak pergi hospital kerajaan. check darah, x-ray perut, result darah masih sama. result x-ray okay. tak dapat ambil sample najis sebab anak tak berak. doctor bagi discharge dari ward sebab anak nampak active.


minggu ketiga masih cirit birit dan muntah dua hari. bawa anak pergi klinik swasta pakar kanak kanak. doctor suspect Rotavirus base on symptom anak. doctor bagi ubat antibiotic, cirit birit, muntah, ors dan vitamin. sampai hari ni masih lagi cirit birit. anak semakin kurang aktif, air mata masih ada, kencing kurang, minum air kurang, susu 180ml tak boleh habis. makan ikut mood. nampak letih


apa patut saya buat. saya bekerja, anak tak ada depan mata. saya lagi risau.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
1

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa