Assalamualaikum doktor pgi tadi sya sakit perut dan rasa nk muntah, sya da mmbuang tapi masih sakit lagi di bahagian atas pusat kenapa ye?
anak suka hantuk kepala
anak saya semasa berumur 4 tahun suka hantuk kepala ketika tidur. Perbuatan tersebut hingga mencederakan dahi anak saya. Saya ada membawa ke klinik kanak-kanak dan bertanya dengan doktor mengenai habit anak saya...dan doktor tersebut memberitahu habit ini akan berhenti apabila anak saya besar nanti. sekarang umur anak saya 16 tahun . Habit anak saya sudah berkurangan daripada mencederakan dahi beliau. Tetapi habit tersebut telah bertukar daripada mencederakan dahi kepada mendengar muzik ( guna earphone wireless) sambil memejamkan mata dan menghantukkan kepala ke bantal tanpa kesedaran saya yang berada di hadapan beliau. Soalan saya, adakah anak saya ini tergolong dalam anak autism? Bagaimana hendak memastikan seseorang itu adalah Autism. Apa langkah seterusnya sama ada berjumpa doktor pakar bagi memastikan anak saya ini Autism. Secara fizikal dia nampak normal. Boleh berkawan , boleh menguruskan diri dan sebagainya. Tetapi akan bersikap aggerasif apabila mengganggu beliau sedang bermain vidoe game.
1 komen
Terkini
Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, tidak semestinya anak anda tergolong dalam kategori autisme.
Tindakan hantukan kepala dan tingkah laku lain yang anda gambarkan mungkin memerlukan penilaian lanjut oleh pakar kesihatan mental atau pakar pediatrik.
Langkah pertama yang boleh anda lakukan adalah berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan penilaian yang lebih terperinci.
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan mental serta mungkin merujuk anak anda kepada pakar lain seperti psikolog atau psikiatri untuk penilaian lanjut.
Adalah penting untuk diingat bahawa setiap individu adalah unik dan tindakan tertentu tidak semestinya menunjukkan kehadiran autisme.
Penilaian yang teliti dan profesional adalah penting untuk menentukan diagnosis yang tepat dan merancang langkah seterusnya untuk membantu anak anda.
Saya menggalakkan anda untuk segera mendapatkan bantuan dari doktor pakar untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat dan bantuan yang diperlukan bagi kesihatan anak anda.
Jangan ragu untuk mendapatkan bantuan profesional dalam situasi ini.
Semoga segala urusan berjalan lancar dan anak anda mendapat penjagaan yang terbaik.
Related content