Assalamualaikum doktor pgi tadi sya sakit perut dan rasa nk muntah, sya da mmbuang tapi masih sakit lagi di bahagian atas pusat kenapa ye?
Anak kerap sembelit
Salam.hye dokter.anak sy berumur 3 tahun.masalah yang kerap berlaku bila anak boleh dikatakan kerap sukar untuk membuag air besar hingga mnangis.susu formula pun sudah ditukar.ape lgi yg boleh diberikan untuk mengelakkan anak susah buang air besar.selain makan buah buahan..mengharap sgt bantuan & cara penyelesaian untuk maslah anak..
2 komen
Terkini
Hi Akhmal, kalau masih jadi boleh try tnya Dr Iqbal (pakar kanak-kanak) kat sini:
https://hellodoktor.com/community/keibubapaan/ibu-bapa-ketahui-perbezaan-susu-mudah-hadam-dan-susu-lain-untuk-anak-anda-1720505884/
hellodoktor.com
Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.
Untuk mengatasi masalah sembelit pada anak yang berumur 3 tahun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil:
1. Pastikan anak mencukupi pengambilan air minum setiap hari. Air minum yang mencukupi dapat membantu melonggarkan najis dan memudahkan proses pembuangan air besar.
2. Berikan makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan roti gandum. Serat membantu meningkatkan pergerakan usus dan memudahkan proses pencernaan.
3. Amalkan rutin buang air besar yang teratur setiap hari. Anak perlu diajar untuk duduk di tandas pada waktu yang tetap setiap hari, seperti selepas sarapan pagi.
4. Berikan makanan probiotik seperti yogurt atau makanan yang mengandungi probiotik untuk membantu meningkatkan flora usus dan memperbaiki sistem pencernaan.
5. Jika masalah sembelit berterusan, perbincangkan dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai.
Doktor mungkin akan merujuk kepada pakar pediatrik atau ahli diet untuk penyelesaian yang lebih terperinci.
Saya harap nasihat ini dapat membantu mengatasi masalah sembelit anak anda.
Jika ada pertanyaan lanjut, jangan ragu untuk bertanya.
Related content