Umur sy 46..bersama dgn suben pada 4hb november tapi suben sy tak memasukkan zakarnya ke dalam kerana tidak dpt bolos dan hya foreplay with with fi
... Lihat Lebih Lagiusaha untuk hamil
hello..saya yen berumur 27 tahun.saya dah 7 tahun berkahwin,tetapi belum pernah ada rezeki memiliki cahaya mata..kitaran haid saya setiap bulan teratur..tetapi doktor pernah berkata dinding rahim saya terlalu nipis..apa yang perlu saya lakukan?adakah saya dapat hamil?😢
1 komen
Terkini
Hi PuanYien Yien ,
Terima kasih atas soalan puan. Untuk pengetahuan puan, dinding rahim yang nipis akan menyebabkan seseorang itu menghadapi cabaran untuk mengandung. Antara 2 kesan dinding rahim yang nipis yang perlu kita tahu adalah seperti berikut :
1.Kegagalan penempelan embrio
2.Risiko keguguran akibat kurang bekalan darah dalam dinding rahim
Untuk wanita yang mempunyai dinding rahim yang nipis dan ingin mengandung, pemeriksaan dinding rahim dan rawatan penebalan dinding rahim adalah sangat penting untuk menyediakan kondisi rahim yang optimum untuk penempelan embrio. Berikut adalah antara rawatan yang mungkin akan disyorkan oleh pakar :
1.Terapi Estrogen
2.Terapi Estrogen Tidak Langsung
3. Granulocyte Colony Stimulating Factor (G-CSF)
4. Hysteroscopy
5. Frozen Embryo Transfer (FET)
Kami nasihatkan agar puan berkunjung ke pakar kesuburan untuk mendapatkan pemeriksaan yang terperinci dan mendapatkan rawatan spesifik khas dari keputusan pemeriksaan tersebut. Saya doakan segalanya dipermudahkan untuk puan.
Di sini saya ingin kongsikan satu artikel menarik yang menceritakan tentang ciri-ciri unik sistem reproduktif wanita. Selamat membaca!
Ini Keistimewaan Sistem Reproduktif Wanita, Kena Belajar Menghargainya!
hellodoktor.com