Umur sy 46..bersama dgn suben pada 4hb november tapi suben sy tak memasukkan zakarnya ke dalam kerana tidak dpt bolos dan hya foreplay with with fi
... Lihat Lebih LagiUsaha untuk hamil
Umur 50an ada peluang untuk hamil lagi tak? Sy pernah berkahwin dulu tp mengalami keguguran. Ni perkahwinan ke2.
1 komen
Terkini
Salam PuanYaya Catz ,
Terima Kasih atas soalan puan. Untuk pengetahuan puan, ia adalah tidak mustahil untuk seorang wanita hamil secara semulajadi pada usia 50-an, tetapi ia adalah sangat jarang berlaku. Seseorang wanita itu dilahirkan dengan kesemua telur yang ia miliki sepanjang hidup dan apabila wanita itu bertambah usia, wanita itu akan memiliki telur yang sudah berkurangan. Sekiranya puan ingin hamil selepas umur 50, puan mungkin akan memerlukan pertolongan pakar kesuburan bagi memastikan risiko hamil lewat dapat dikawal dengan baik. Saya nasihatkan agar puan berjumpa dengan pakar kesuburan untuk menjalani pemeriksaan yang rapi khas untuk kondisi badan puan. Saya doakan segalanya dipermudahkan untuk puan.
Di sini saya ingin kongsikan satu artikel berkenaan dengan cabaran yang mungkin dialami wanita yang cuba untuk hamil selepas 40-an. Sila klik link di bawah.
Hamil Di Usia 40-an, Ada 4 Perkara Anda Perlu Tahu, NO.3 Paling Kena WASPADA!
hellodoktor.com