usaha hamil

saya sedang usaha hamil.tetapi lately saya sakit pinggang sebelah kiri dan terasa berat bawah perut apakah sebab nye. saya sudah period pada 17/9 and last pada 22/9. mohon pencerahan

1
63k
1 komen

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Bagi mengesahkan status kehamilan, anda boleh melakukan ujian UPT di rumah atau di klinik. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit pingggang sebelah kiri selain kehamilan. Antaranya ialah:

  1. Batu ginjal
  2. Apendisitis
  3. Endometriosis
  4. Fibroid rahim
  5. Radang pinggul


Antara penyebab sakit perut bahagian bawah ialah:

  1. senggugut
  2. kehamilan
  3. endometriosis
  4. sindrom pramenstruasi
  5. ”cyst” ovari
  6. fibroid rahim
  7. kanser ovari
  8. kanser pangkal rahim
  9. kehamilan ektopik
  10. penyakit radang pelvis


Anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital untuk konsultasi lanjut dan mengetahui punca kepada gejala-gejala anda.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa