🔥 Diskusi Terhangat

Tiada bukaan pada servik

Saya nak tnya, jika tiada bukaan pada servik dan sy telah ditahan di wad, keadaan baby dan sy semua normal, boleh ke sy balik rumah dan membuat bukaan bersama suami atau just tunggu di wad? Mohon pencerahan? Sy stress fikirkan masalah ini

0
1 komen

1 komen

Salam Puan Atiq WasHeRe ,


Terima kasih atas soalan puan. Untuk pengetahuan puan, masa bukaan rahim seseorang wanita mengandung itu berbeza-beza bergantung kepada pelbagai faktor. Berikut merupakan 3 fasa penting untuk pembukaan rahim (fasa pertama bersalin) :

1.Fasa awal kelahiran

-Masa kiraan bermula apabila pelebaran serviks mencapai 3 cm. Kebanyakan ibu mengandung menghabiskan sebahagian besar peringkat ini di rumah.


2.Fasa kelahiran aktif

-Daripada saiz bukaan rahim 3 cm, ia akan melebar sehingga 7 cm. Ini adalah masanya untuk anda menuju ke hospital.


3.Fasa peralihan

-Perlebaran serviks akan berterusan sehingga mencapai saiz bacaan 10 cm dan bersedia untuk tahap kedua bersalin.


Sekiranya puan berada di wad, kami nasihatkan agar puan bertanya kepada pakar yang bertugas kerana bagi setiap wanita mengandung itu keadaannya berbeza-beza bergantung kepada pelbagai faktor.


Di sini kami ingin kongsikan satu artikel mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan bukaan rahim. Sila klik link di bawah :

Sudah 40 Minggu Tapi Masih Tiada Tanda? Cuba 9 Cara Mempercepatkan Bukaan Rahim

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa