🔥 Diskusi Terhangat

Susah mahu lekat ( hamil)

Assalamualaikum dan selamat malam Saya Mie Dr lumut Perak ,sy sdah mempunyai 2 org anak...kami skrg usaha UTK anak yg k3....isteri berumur 39....ada persoalan sedikit tentang isteri .saya setiap kali bersama akan membuang air mani di dalam rahim, kami akan plan selepas period iaitu waktu subur....tp tidak lekat2...hampir 3 4 kali....bersama setiap selepas Period...susah hendak hamil...adakah ia ada mslh Pd rahim isteri....atau pkra lain yg menghalang UTK kehamilan ...mntak pencerahan Dr doktor...plzz

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
3
1

1 komen

Salam En MiePower Channel,


Terima kasih untuk soalan encik. Untuk pengetahuan encik, sebilangan besar wanita mengalami ovulasi (waktu subur) sekitar 12 hingga 14 hari selepas hari haid pertama. Saya nasihatkan encik dan isteri encik untuk kira betul-betul tarikh kesuburan supaya pesenyawaan dapat dilakukan dengan tepat.

Sekiranya kiraan itu tepat, kami cadangkan encik bawa isteri encik ke pakar kesuburan untuk menjalankan pemeriksaan yang lebih terperinci supaya mendapat penjelasan yang khusus khas buat situasi encik.


Di sini kami ingin kongsikan kalkulator ovulasi di laman web kami yang dapat membantu dengan mudah untuk pasangan mengira waktu kesuburan :

Kalkulator Ovulasi - Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa