🔥 Diskusi Terhangat

Suntikan depo

Hi, saya nak bertanya. Adakah normal jika dah 2 tahun ambil suntikan depo then period.. Saya period dalam 3 hari macam tu tapi tak bnyak.. Dan adakah ovulasi boleh berlaku sebab sejak saya period perut saya selalu rasa krem.. Adakah boleh buat pregnancy test utk confirmkan.

1
1 komen

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Suntikan depo boleh mengakibatkan kesan-kesan berikut:

  • Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
  • Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan depo, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
  • Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Perubahan mood, kemurungan
  • Kembung
  • Kesakitan / ketidakselesaan perut


Jika anda muskil akan status kehamilan anda dan mengalami tanda-tanda kehamilan, ujian UPT boleh membantu. Baca selanjutnya mengenai suntikan depo di: https://hellodoktor.com/seks-hubungan/kontrasepsi/suntikan-depo-provera/

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa