Doktor nak tanya adakah ada kesan kalau kondom tertinggal dalam kemaluan lebih dari seminggu sebab saya baru sedar? Adakah akan effect keputihan at
... Lihat Lebih Lagisenang pancut
Assalamualaikum doc..,saya berumur 18 tahun dan saya hendak bertanyakan soalan..mengapakah jika saya membuat onani tidak smpai 1-2 minit sudah pancut..Dan selepas zakar saya mengeluarkan mani terus zakar saya menjadi lembik..dan proses untuk menegangkan semula zakar itu agak lama doc..apakah harus saya lakukan dengan sewajarnya bgi menangani masalah tersebut...jika hendak bersama dengan isteri sudah tentu isteri tidak akan puas
1 komen
Terkini
Salam EnFaruq Aiman ,
Terima kasih atas soalan encik. Untuk pengetahuan encik, punca masalah ejakulasi pramatang ini boleh disebabkan oleh faktor biologi atau psikologi atau kedua-duanya sekali. Berikut merupakan penjelasan untuk kedua-dua contoh :
1.Punca psikologi adalah seperti berikut:
-Pengalaman seksual yang kerap membabitkan elemen keresahan, keseronokan dan keperluan untuk melakukannya dengan cepat untuk mengelakkan daripada ditangkap. Lelaki sangat sensitif terhadap keseronokan
seksual dan sukar untuk menahan atau meperlahankan rentak apabila seks tersebut menyeronokkan.
-Keresahan tentang masalah hidup yang lain atau masalah prestasi seksual. Keresahan ini mampu menyebabkan stimulasi berlebihan yang membawa kepada ejakulasi pramatang.
-Kerisauan akan ereksi disfungsi. Lelaki kerap risau jika mereka tidak mampu untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi mereka dalam jangka masa yang lama, mendorong mereka untuk tergesa-gesa memberi rangsangan kepada zakar mereka sehingga berlakunya ejakulasi pramatang.
2.Punca Biologi dan punca-punca lain masalah ini berlaku termasuklah:
-Paras hormon yang tidak seimbang atau stabil
-Kecederaan atau masalah sistem saraf
-Penggunaan ubat atau dadah
-Paras serotonin yang rendah
-Kondisi abnormal yang mempengaruhi sistem ejakulatori
-Masalah Tiroid
-Keradangan atau jangkitan kepada organ reproduktif, khususnya bahagian prostat atau uretra
-Diabetes dan/atau penyakit jantung
Sekiranya keadaan ini sangat mengganggu encik, kami nasihatkan agar encik berhubung dengan pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih teperinci.
Di sini saya ingin kongsikan satu artikel mengenai petua untuk tahan lebih lama!
https://hellodoktor.com/seks-hubungan/petua-seks/hubungan-seksual-bertahan-lebih-lama/
hellodoktor.com