🔥 Diskusi Terhangat

Salam Dr. Saya berumur 47 tahun. Last period adalah 2 1727077299

Saya berumur 47 tahun. Last period adalah 2 bulan lepas. sekitar hujung bulan Julai. memandangkan usia dah hampir ke 50 an, saya mmg bersedia untuk masuk ke alam menopaused. menyebabkan saya tidak rekod bila tarikh tepat last period. tetapi bila tiba-tiba period terus terhenti sejak 2 bulan lepas, saya tertanya - tanya jika betul saya mmg sudah menopaused atau saya 'termengandung' untuk kali ke 6. saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Disebabkan sejak period terhenti badan menjadi penat dan lemau. peningkatan berat badan. Saya cuba uji dengan alat ujian 2 minggu lepas, jawapan nya -ve. untuk makluman doktor, saya telah mengalami keguguran sebanyak 2x ketika di awal perkahwinan di usia 30 tahun dan usia 42 tahun. Dan sepanjang kehamilan seterusnya sebanyak 3x, saya tidak mengalami apa - apa alahan yang teruk.

sehingga kini saya masih lagi mengalami simpton penat, sakit yang tidak ketara pada buah dada dan sakit pinggang dan belakang. Saya risau dan malu untuk berjumpa doktor takut result yang bakal keluar saya pregnant lagi. sedangkan anak yang ketiga sudah berusia 12 tahun. Adakah apa yang saya alami sekarang ini simpton menopaused @ kehamilan? Rekod kesihatan saya sihat, dan tiada penyakit serius kecuali kadar kolestrol yang biasa turun naik. harap doktor boleh bantu apa yang harus saya buat? Terima kasih

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
4

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa