Pil Perancang
hello dok , saya ingin bertanya jika waktu subur bersama suami tapi dalam masa yg samaa tengah on makan pil perancang apa kaa boleh hamil ?
dan selepas sehari hbis makan pil perancang ( cuti hari pertama ) mengapakah keluar sedikit darah bewarna merah ke coklatan yg gelap .
















Sekiranya puan makan pil perancang secara konsisten, risiko kehamilan adalah rendah walaupun bersama dalam tempoh subur. Namun begitu, sekiranya tempoh makan pil perancang belum cukup 1 minggu, dinasihatkan untuk memakai kondom kerana pil perancang tersebut masih belum berkesan. Darah yang keluar setelah habis pil perancang adalah darah period yang keluar.