Period yang membingungkan
Hai doktor, saya nak tanya... masa mula2 hanya darah spotting saja keluar... selepas beberapa hari, ia keluar sikit darah clot, darah yang spotting tu jadi banyak, tapi ia tak memerlukan saya pakai pad, saya hanya pakai pantyliner dan ia tidak menyebabkan bocor. Masa habis kencing pun, air lepas basuh tu ada warna merah... Adakah itu period? tapi ia dh terjadi lama, dia spotting tu dari 5/1/2026, saya perasan darah spotting tu jadi banyak keluar agak2 dalam 24/1/2026. Dalam tarikh 24/1/2026, dia ada selang2 hari dia ada, darah keluar banyak... pada tarikh 26 atau 27/1/2026, darah spotting tu jadi banyak... sampai hari ni (30/1/2026) tapi darah tak banyak sampai pakai pad la, hanya pakai pantyliner agar tidak kotorkan seluar. Saya harap doktor faham apa yang saya ceritakan.















tapi saya lepas jumpa doktor pada 5/1/2026 tu. Saya jumpa doktor sebab nak tengok darah saya ok ke tidak selepas saya didiagnos anemia pada 30/10/2025 sebab haid berpanjangan, jadi doktor bagi ubat zincofer dan ubat hentikan darah yang nama dia ada acid2 tu... pada 5/11/2026, saya jumpa doktor lagi sebab nak pantau darah saya, tapi ianya hanya tambah sedikit sebab baru seminggu saya ambil zincofer. dan haid berpanjangan saya tu dah berhenti. So 2 bulan selepas itu, pada 5/1/2026 , jumpa doktor lagi.. darah saya dah ok hanya zink tak cukup, jadi saya masih ambil zincofer... tapi yang spotting2 tu pulak yang jadi sekarang menyebabkan saya keliru dan ia juga telah lama
Pendarahan yang tidak teratur atau spotting yang berpanjangan seperti ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya termasuk ketidakseimbangan hormon, fibroid rahim, endometriosis, sindrom ovarium polikistik (PCOS), atau jangkitan. Dalam beberapa kes, ia juga boleh berkaitan dengan komplikasi awal kehamilan seperti pendarahan implantasi atau keguguran, walaupun anda tidak menyebut tentang ujian kehamilan. Walaupun darah berketul kecil boleh menjadi normal, corak pendarahan yang berubah dan berpanjangan ini memerlukan perhatian. Saya sangat menyarankan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor. Doktor akan dapat melakukan pemeriksaan fizikal dan mungkin beberapa ujian lain untuk mengenal pasti punca sebenar pendarahan ini dan memberikan rawatan yang sesuai. Jangan berlengah untuk mendapatkan nasihat perubatan.
Topik berkaitan