Doktor nak tanya adakah ada kesan kalau kondom tertinggal dalam kemaluan lebih dari seminggu sebab saya baru sedar? Adakah akan effect keputihan at
... Lihat Lebih LagiPeriod tak teratur
Saya berusia 27 tahun,sudah berkahwin selama 13 tahun tapi masih belum mempunyai zuriat..saya mengalami period yg tak teratur dan sering merasakan sakit di bahgian bawah perut..
1 komen
Terkini
Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan penilaian lanjut. Sukar untuk kami membuat sebarang kesimpulan dengna maklumat yang terbatas. Secara umum, masalah haid tidak teratur mungkin berakit dengan faktor berikut:
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja. Manakala, jika anda sedang menopaus, anda mungkin mengalami haid yang tidak teratur iaitu haid sedikit dan sebentar. Ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan hormon.
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda. Mempunyai berat badan yang sangat kurang boleh menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur kerana hormon anda tidak berfungsi dengan normal. Di samping itu, kehilangan atau peningkatan berat badan yang melampau menjadi punca haid tidak teratur bagi remaja.
Jika anda hamil, tidak mungkin anda akan datang haid. Anda mungkin menyedari beberapa ‘spotting’ dan mengangap ia adalah haid, tetapi ia sebenarnya mungkin pendarahan implan. Ini boleh berlaku apabila telur yang sudah disenyawakan tertanam pada lapisan rahim. Pendarahan implan biasanya berlanjutan selama dua hari atau kurang.
Jika anda sedang menyusu anak anda, haid anda mungkin tidak datang selepas bersalin. Hormon penghasilan susu menghalang ovulasi dan menangguhkan haid anda. Haid anda akan datang beberapa bulan selepas bersalin jika anda berhenti menyusu. Anda masih boleh hamil semasa menyusu, walaupun haid anda belum datang. Ini kerana anda akan mengalami ovulasi dua minggu sebelum tempoh pertama selepas bersalin. Sekiranya anda ada melakukan hubungan seksual yang tidak dilindungi semasa menyusu dan mengalami ‘spotting’, adalah disyorkan untuk menjalani ujian kehamilan untuk mengesahkan bahawa ‘spotting’ tersebut tidak disebabkan oleh pendarahan implantasi.
Ubat perancang juga boleh menyebabkan darah haid yang sedikit dan tidak lancar. Sesetengah kaedah kawalan kelahiran menghalang telur daripada dilepaskan ke dalam badan. Cara - cara kawalan kelahiran ialah:
Apabila badan anda tidak melepaskan telur, rahim tidak akan menghasilkan lapisan tebal. Keadaan ini menyebabkan darah haid yang sedikit dan melangkau tempoh haid. Anda juga mungkin mengalami haid yang tidak teratur jika anda telah mula atau berhenti mengambil pil perancang baru-baru ini.
Jika anda tertekan pada hari tertentu, badan mengubah hormon kitaran haid. Anda mungkin mengalami tempoh haid yang dilangkau atau darah haid yang sedikit. Apabila tekanan emosi sudah pulih, haid anda akan kembali kepada kitaran normal.
Anoreksia nervosa dan bulimia adalah jenis gangguan pemakanan yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur. Masalah ini boleh menyebabkan berat badan kurang, yang boleh mengubah hormon yang mengawal kitaran haid anda.
Sekiranya anda mengalami masalah darah haid keluar sedikit tapi lama, haid yang tidak teratur atau berhenti menstruasi, ia boleh disebabkan oleh PCOS. Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. Perubahan hormon ini juga boleh: