🔥 Diskusi Terhangat

PENDARAHAN SELAMA LEBIH SEMINGGU

Hai salam doktor,


Saya adalah wanita yang berkerja pejabat dan hamil minggu ke 30. Suatu hari (Rabu), saya alami pendarahan merah cerah sebanyak 1 pad (yang biasa diguna untuk datang haid) selepas berhubungan intim bersama suami. Saya segera ke klinik swasta kerana sudah lewat malam, doktor scan perut dan mengatakan sebahagian uri/tali pusat bayi ada di pintu rahim, ia fragile n mudah berdarah bila bersama. Doktor sarankan bed rest dan ke hospital sekiranya darah keluar banyak lagi. Saya mc dua hari dan bed rest selama 4 hari di rumah. Setiap hari darah masih keluar tapi sehari hanya satu spot sahaja.


Hari kelima(Isnin) masih ada spot merah cerah, kebetulan saya tca di klinik kerajaan dan dapat keputusan minum gula sangkut gdm 8. Sy perlu diet control, hb pula turun sikit ke 11. Sy minta doktor kerajaan check semula keadaan saya dan kandungan berkaitan pendarahan tersebut. Selepas doktor buat pemeriksaan scan, doktor kata kandungan sihat dan tiada sebarang uri yang berada di pintu rahim, cuma air ketuban terlebih sikit tapi tidak serius, hanya paras boarder. Doktor check pula bahagian rahim, doktor mendapati bahagian pintu rahim saya ada sedikit luka, mungkin akibat bersama dengan suami 4 hari lepas.


Pada hari keenam(Selasa), masih ada spot darah, doktor minta saya ke hospital. Selepas membuat pemeriksaan ctg bayi bacaan jantung normal, scan juga normal bayi membesar baik ikut usia, aktif bergerak sama seperti keputusan sebelumnya, cuma bila check pintu rahim didapati masih luka. Kata doktor saya perlu bed rest dan ambil masa seminggu dua baru baik betul. Saya dapat mc dua hari.


Hari seterusnya(Rabu) keluar darah banyak sikit dari biasa, penuh 1 pad warna merah cerah, waktu itu jam 3 pagi saya susah tidur. Saya silap pergi minum kopi secawan sebelum tu, adakah itu puncanya darah banyak?


Hari ini hari kelapan (Khamis), hanya keluar spot sahaja warna merah cerah. Bayi seperti biasa masih aktif bergerak. Sepanjang pendarahan pula saya tiada sebarang rasa sakit dimana2.


Apa yang perlu lakukan, terus bed rest ke?



Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
22
1
2

2 komen

Rehat cukup dan tidak melakukan kerja berat termasuk bersama suami (intim). Cuba minta nasihat doktor untuk Dapatkan Makanan tambahan dan elak dari Darah keluar.

6 bulan yang lepas
Suka
Balas

Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.


Dari cerita yang anda berikan, pendarahan yang berlarutan semasa kehamilan memerlukan perhatian yang serius.


Walaupun doktor telah mengesahkan bahawa kandungan sihat dan tiada masalah yang serius, namun pendarahan yang berterusan perlu dipantau dengan teliti.


Saya mengesyorkan anda untuk terus beristirahat sepenuhnya dan mengikuti arahan doktor untuk bed rest.


Jika pendarahan masih berterusan atau bertambah teruk, segera berjumpa dengan doktor untuk penilaian lanjut.


Jangan ambil mudah terhadap keadaan ini kerana pendarahan semasa kehamilan boleh menjadi tanda masalah yang serius.


Selain itu, elakkan minum kopi atau minuman berkafein kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan.


Pastikan anda sentiasa berkomunikasi dengan doktor anda dan beritahu mereka tentang sebarang perkembangan atau kebimbangan yang anda alami.


Saya harap anda akan pulih dengan cepat dan bayi anda akan terus sihat.


Jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut atau kebimbangan, jangan ragu untuk berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang lebih terperinci.


Semoga segalanya berjalan dengan lancar untuk anda dan bayi anda.

6 bulan yang lepas
Suka
Feedback
1
warningDisclaimer: The content is furnished relying on authenticated information sources.
Related content
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa