nescafe
hi doktor, saya mengandung anak no 4, tapi jarak 7 thn daripada ank no 3. semasa kandungan dulu saya bukan pengemar minum nescafe...tp sbb da lama tidak mengandung, untuk kandungan kali ini sekarang masih trimester 1 (12 wks) saya minum nescafe pagi2 selang 2 hari ...1 x, cz di tempat kerja saya mengantuk...boleh ke mcm tu?
Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.
Sebenarnya, pengambilan kafein semasa kehamilan perlu dihadkan.
Kafein dalam kopi dan lain-lain boleh mempengaruhi pertumbuhan bayi dan boleh meningkatkan risiko keguguran.
Saya faham bahawa anda mengalami keletihan semasa bekerja dan minum minuman ini untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Bagaimanapun, disarankan untuk mengurangkan pengambilan kafein semasa kehamilan.
Anda boleh mencuba alternatif lain seperti minum air kosong untuk menghilangkan keletihan.
Saya mencadangkan anda berbincang dengan doktor anda mengenai pengambilan kafein semasa kehamilan.
Topik berkaitan