🔥 Diskusi Terhangat

Lendiran Vagina Yang Abnormal

Hi doktor, saya seorang wanita melayu berusia 27 tahun dan sudah berkahwin. Saya mengalami masalah dimana, selepas kitaran haid saya tamat.. selang 2-3 hari saya rasa ada lendir yang keluar dari vagina saya dan lendir tu berwarna putih kapur bercampur darah. Ia berlarutan selama 1-2 minggu sehingga ke kitaran haid saya yang seterusnya. Saya juga mengalami sakit di bahagian bawah perut yang teruk dan di bahagian pinggang dan pinggul. Saya pernah mengalami benda yg sama pada umur 21 tahun , kemudian pada umur 24 tahun , umur 25 dan sekarang ianya berulang pada tahun ini umur 27 tahun. Dan saya juga dah lakukan pemeriksaan dengan doktor pakar , dah jalani ujian pap smear tapi pakar maklum tiada apa2 masalah dengan saya. Tapi kali ini sakit yang sama datang semula. Sepanjang hidup saya kes ni dah terjadi sebanyak 4 kali. Boleh ke doktor bantu saya?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
7
1

1 komen

Hi, ia juga mungkin adalah akibat masalah keputihan yang tidak normal. Boleh baca dalam artikel ni ya: https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/keputihan-apa-yang-patut-anda-faham/


Sebaiknya, jumpa doktor atau pakar untuk buat pemeriksaan sekali lagi jika masalah tu masih berlaku dan berulang walau sudah mendapatkan ubatan atau rawatan.

5 bulan yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa